Lawatan juga saya lakukan ke ladang rakan saya
yang mengusahakan tanaman limau purut.
Saya teringat pesanan
dari arwah bapa mertua saya yang amat gigih mengusahakan kebun untuk
pertanian. Beliau menyatakan orang kita
boleh tanam apa sahaja jika di lakukan dengan tekun tetapi selalu gagal kerana
kita tidak dapat pasaran yang baik atau di permainkan oleh orang tengah. Pengalaman beliau menanam tanaman sayur
kacang panjang yang telah di sarankan oleh pemborong cina. Pada asalnya pemborong membeli dengan harga
RM1.20 sekilo walaupun ketika itu harga pasaran ialah RM3.00/kilo. Kemudian dia di beritahu harga telah turun
dan hanya boleh membeli dengan hara RM0.80/kilo tetapi masih boleh
bertahan.
Pada
ketika itu beliau telah mengusahakan hanya 3 ekar sahaja tetapi bagi penanam
sayur 3 ekar memang cukup besar. Hasil
yang di keluarkan dengan baja yang cukup boleh mengeluarkan bertan-tan kacang
panjang. Harga kemudian semakin jatuh
dengan mendadak sehingga hanya 20sen/kilo.
Pelbagai alasan diberikan tetapi masih mengambil hasil tanaman tersebut.
Beliau mencari jalan menjual di sekeliling kampong tetapi siapa yang hendak
membeli dengan kuantiti yang banyak dan setiap hari. Oleh kerana marah dan
tidak dapat ‘cover upah’ dan penat lelah, beliau mengambil keputusan racun dan
bakar semasa lori peraih itu datang.
Peraih tersebut marah dan menyatakan 20sen pun lebih baik dari dibakar dan cuba mengambil
sendiri. Dia suruh semua ahli keluarga
tolong mengutip hasil tanpa upah pekerja.
Begitu pandai mereka ini sehingga menyarankan ahli keluarga tidak
dibayar upah. Ini bermakna pasaran masih ada cuma di permainkan oleh orang
tengah. Keadaan ini berlaku pada tahun 1980an lagi.
Pasaran
merupakan faktor yang penting dalam kejayaan hasil pertanian dan pihak agensi
kerajaan tidak boleh kita diharapkan.
Apabila di tanya kenapa tidak meminta nasihat dengan FAMA, beliau
menjawab kerenah birokrasi dan nasihat tidak menampakkan hasil yang baik. “Mereka makan gaji kalau hasil tak terjual
pun, gaji mereka tetap sama. Tengok aje
lori-lori FAMA yang tersadai tu” sambil menunjukan saya lori FAMA yang di
letakkan di tepi jalan di Kampong Tengah.
Pengalaman
mengajar kita, samada berjaya mahupun gagal.
Baik dijadikan panduan, tak baik dijadikan sempadan dan iktibar. Saya berminat dengan pertanian sejak kecil
lagi. Saya menanam sayur-sayuran di keliling
rumah semasa saya masih berumur 12 tahun lagi.
Walaupun saya tinggal di bandar, saya sempat menanam kacang panjang,
bendi, tomato, cili dsn. Tidaklah banyak
sekadar dapat di nikmati oleh keluarga saya sahaja. Walaupun bidang yang saya ceburi secara akademik
bukan dalam pertanian kerana dulu-dulu kita tidak mempunyai pilihan. Apa yang di tawarkan itulah yang kita
pelajari.
Saya
sebenarnya boleh dikatakan berjaya dalam bidang akademik kerana dapat
melanjutkan sehingga peringkat Ph.D. , tetapi minat saya dalam pertanian
mendorong saya untuk melakukan kerja-kerja bertani. Pelajar universiti saya terperanjat melihat
gambar saya di facebook dimana saya sedang memotong rumput, membakar sampah
dsn. Disatu masa mereka nampak saya
mengajar, bergambar dan berbincang bersama menteri dan dalam ruang yang lain
menyiram pokok, menebas dan membakar sampah di kebun. Hahaha... apa pun saya
gembira dan seronok melakukan nya.
Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment