Saya mempunyai 3 bidang tanah yang berukuran lebih
kurang 3 ekar sekeping. Ini bermakna
saya akan melaksanakan projek baru saya ini di atas 9 ekar tanah. Dua bidang tanah ini saya telah usahakan
dengan tanaman gaharu tetapi oleh kerana kurang pengalaman, saya hanya menanam
kurang dari 1,000 pokok dalam 6 ekar tanah tersebut. Jika mengikut ukuran sebenar 1 ekar tanah
boleh di muatkan dengan 1,000 pokok gaharu.
Jadi jika di lihat pokok-pokok saya itu amat jarang-jarang sekali.
kerja-kerja membersih dan menebas
Jadi bermula lah perjalanan saya berbincang dengan
orang Jabatan Pertanian dari Putrajaya hingga ke Batu Gajah, Perak dan
seterusnya lawatan ke tapak kebun di Temoh, Perak.
Atas nasihat yang diberikan saya meneroka satu
projek baru iaitu penanaman limau purut.
Saya sendiri telah berbincang dengan pengusaha kilang di Gombak, Kuala
Lumpur yang mengusahakan rempah ratus.
Permintaan yang stabil dengan pengeluaran yang tidak menentu menyebabkan
pengeluaran kilang ini selalu terganggu.
Beliau juga telah ke Thailand untuk mendapatkan bahan mentah tetapi
kualiti daun limau purut di dapati kurang bermutu. Walaupun cantik daun nya tetapi aroma nya
kurang berbanding dengan daun limau purut tempatan.
Saya telah berbincang dan telah mendapat surat
sokongan dari beliau yang menjanjikan hasil tanaman saya dapat di ambil dan dibelinya. Satu bidang tanah lagi adalah kebun sawit saya
yang telah tua dan mengalami kerosakan dalam batang sawit tersebut menyebabkan
ia tidak mngeluarkan hasil yang sepatutnya.
Saya mengambil keputusan untuk melupuskan tanaman sawit ini dan di
gantikan dengan tanaman lain seperti limau purut ini.
Lawatan Dari Institut Pertanian Titi Gantong dan Jabatan Pertanian Tapah
No comments:
Post a Comment