Sebelum ini saya bertugas di Kuala Lumpur dan
jarang balik untuk mengerjakan kebun-kebun saya. Ini kerana kesibukan dengan kerja seharian
dan seperti biasa mereka yang pernah berkhidmat di ibukota ini akan pergi kerja
awal pagi dan balik lewat petang atau selepas maghrib. Jadi dalam sebulan
sekali barulah jika tidak terlalu sibuk saya balik mengenguk kebun-kebun saya
ini.
Saya
sememangnya berniat untuk pulang bertani di kampong dan retirement plan
saya. Memandangkan beban tugas yang
semakin meningkat dan orang tua isteri saya yang lanjut umur, saya bercadang
untuk berhijrah balik ke kampong. Mungkin
desakan itu amat tinggi, saya memohon untuk berkidmat di Kampar, Perak. Nasib menyebelahi saya dan syukur
Alhamdulillah temuduga kurang dari 10 minit saya di tawarkan berkhidmat di
Kampar, Perak. Alhamdulillah, di
takdirkan saya dapat bertugas di universiti di Kampar, Perak. Walaupun gajinya kurang lumayan tetapi
universiti ini memberikan saya ruang yang baik untuk saya balik ke kampong dan mengerjakan
kebun saya ini. Saya merasa teramat lega
kerana untuk ke tempat kerja mengambil 7-10 minit tanpa sebarang kesesakan
lalu-lintas. Cuma terperanjat juga
pagi-pagi sekumpulan kerbau melintas jalan. Hahaha...
Keadaan
kebun-kebun saya seperti biasa semak-samun tetapi saya berhasrat
menbersihkannya. Mungkin kalau di
lakukan bersendirian saya akan mengambil masa yang agak lama. Saya mencari pekerja di sekeliling kampong
bagi membantu saya.
Ketika ini mungkin kalau babi hutan menyorok pun tak nampak. Saya bertekad untuk membersihkan dan melaksanakan projek ini dengan terbaik.
No comments:
Post a Comment