Kebun-kebun saya ini terletak di Kg Hj Arif,
Temoh, Perak dan Kg Sg. Dadeh, Temoh Perak.
Kedua-dua kampong ini bersebelahan sahaja. Atas dorongan dan sokongan dari rakan-rakan dan
Jabatan Pertanian, maka saya memulakan kerja-kerja membersih semak samun,
meratakan, membuang pokok-pokok hutan yang tumbuh sendiri, membuat jalan kebun,
mengali parit dsn.
Saya
juga meminta nasihat orang kampong sekeliling kerana kampong di sini banyak
ternakan seperti kambing, lembu dan kerbau tetapi yang menjadi masalah yang
besar bagi kami ialah babi hutan. Pelbagai
cara orang kampong cuba seperti meletakkan rambut dari kedai gunting kerana
kononnya ia akan masuk hidung mereka dan mereka tak suka tetapi di sini ia
tidak berhasil.
Babi hutan di sini
menjadi banyak apabila menularnya wabak JE dan orang cina yang selalunya
mencari babi hutan tidak lagi berminat.
Babi hutan membiak dengan cepat dan ia merosakan tanaman. Pokok-pokok yang kecil di cabut dan di gali
untuk mendapatkan cacing, makanan kegemaran mereka. Puas orang kampong cuba pelbagai cara tetapi
kurang berjaya. Kalau masuk seekor tu
takpe, sekali datang dengan ahli keluarga pulak tu, dari yang besar, sedang dan
kecil-kecil datang berkelompok.
Seorang pakcik di
sini nyatakan agar saya gali parit di sekeliling kebun. Ada yang menyarankan pagar dengan pagar
berduri. Saya pagar dengan pagar duri
tetapi saya dapati dari kesan tapak dan lumpur pada duri dawai tersebut babi
hutan ini pandai. Pagar duri itu mereka
dapat lalu dan tidak menjejaskan kulit mereka. Babi-babi ni gali di bawah pagar
duri tersebut untuk masuk ke kebun saya.
Seorang
rakan dn juga orang kampong sini nyatakan buat parit yang dalam dan ban yang
tinggi. Saya mengambil keputusan untuk
mengali parit yang dalam dan membuat
“ban” kata orang kampong yang sebenarnya ialah “bank” seperti “river
bank”. Ban ini saya buatkan agak tinggi
dan jarak ban ini dan kedalaman parit ialah 7 kaki. Di harapkan dengan parit ini dapat mengelak
babi dari memasuki kebun saya.
Kerja-kerja
lain seperti membuat jalan kebun dan memagar juga saya laksanakan dengan
pekerja dan secara kontrak. Pagar saya
gunakan kerana di kebun saya yang tidak boleh di gali parit yang dalam kerana
takut orang kampong yang lalu di situ tidak nampak, termasuk dalam parit.
Dah le parit tu kedalaman 7 kaki termasuk ban tadi..... sesekali tengok macam liang
lahat pulak...
No comments:
Post a Comment