Sudah tiba masanya untuk mengutip hasil kacang panjang. Saya amat gembira kerana hasil tangan sendiri dengan bantuan keluarga, kawan dan pekerja dapat memberikan hasil sebegini. Walaupun saya tahu bukan senang dan masih lagi dalam proses pembelajaran tapi proses pengutipan hasil ini membuat saya amat gembira. Saya dapati 'post havest management' juga bukan perkara yang senang. Di musim hujan ini, baik bagi pertumbuhan pokok tapi tidak baik bagi buah nya kerana ulat buah akan menyerang buah kacang panjang. Tunjuk ajar dari rakan-rakan dan Jabatan Pertanian dalam penggunaan racun akan saya praktikkan.
Hasil kacang panjang yang dipungut...
Bangsal di simen agar tidak lecah semasa hujan..
Banyak juga hasil yang di kutip...
Proses mengered kacang panjang...
No comments:
Post a Comment