Bantuan dari mana-mana pihak adalah di alu-alukan dalam mengusahakan tanaman sayur ini. Lebih-lebih lagi keluarga sendiri. Isteri dan anak-anak saya telah datang di hujung minggu untuk membantu merumput dan mengikat pokok-pokok kacang ke panggar-panggar. Dengan pembajaan yang cukup serta keperluan air dapat di penuhi semasa musin hujan di hujung tahun menghasilkan pokok-pokok yang subur. Adalah amat mengembirakan apabila saya dapati pokok kacang telah mula berbunga dan berbuah.
Isteri membantu merumput dan membetulkan lilitan kacang.
Bunga-bunga kacang di waktu pagi.
Anak sulung berjurusan perakaunan turut membantu.
Anak kedua selepas SPM membantu ayah nya.
Merumput adalah pekerjaan rutin di tanah yang subur.
Bunga-bunga kacang yang mula mengeluarkan hasil.
Terbaik dari ladang...
ReplyDeleteTerbaik dari ladang...
ReplyDelete