Sunday, 20 December 2015

BALIK KAMPUNG TANAM KACANG

          Setelah meneliti dan membuat pengiraan serta nasihat dari peraih sayur, saya dan rakan saya Chong Heng berhasrat untuk memulakan dengan tanaman kacang panjang.  Ini memandangkan kacang panjang mengambil masa yang pendek untuk pengeluaran.  Kami juga telah memesan biji benih terbaik dari peraih tersebut yang mengesyorkan agar menggunakan biji benih yang terbaik agar kadar percambahan  boleh mencapai 99%.  Saya memulakan kerja-kerja roto selepas tanah di bajak menggunakan traktor besar.  Saya amat gembira apabila saya mampu menggunakan mesin power tiller/roto kubota, walaupun rakan saya Chong Heng merasakan ianya amat sukar untuk di kendalikan.


Ia mudah untuk di kendalikan dan tidak menggunakan banyak tenaga.

          Setelah tanah diroto sebanyak 2-3 kali sehingga ia menjadi halus dan hampir berbebu, kerja-kerja membuat batas dilakukan oleh pekerja kami.  Kemudian proses menanam biji benih di lakukan.  Rakan saya kata proses ini amat menyakitkan pinggang kerana terpaksa membongkok.





          Faktor cuaca memainkan peranan yang penting dalam pertanian kerana cuaca yang panas memerlukan air,yangmencukupi manakala jika terlalu banyak hujan,tanah menjadi lecah dan berair menyebabkan akar rosak kerana terendam.  Walaubangaimanapun, selepas kami menyemai,hujan turun dengan lebatnya.  Alhamdulilllah.....



Hujan membawa rahmat kepada kami.....

          Lihatlah hasilnya kami amat gembira kerana tunas dan pucuk dapat dilihat dengan hanya 2 minggu menanam biji benih kacang panjang ini.





No comments:

Post a Comment