Oleh kerana kami sibuk dengan kutipan hasil kacang panjang yang memerlukan masa yang agak lama untuk mengutip hasilnya, kami terlupa hingga satu hari saya melihat banyak bunga kuning pada pokok timun ini. Jadi kami tergegas untuk mendirikan pangar-pangar timun pula. Hasil yang di perolehi juga amat memberangsangkan. Pada mulanya hasil nya hanya timun yang kecil-kecil sahaja tetapi selang seminggu, pokok-pokok timun ini mengeluarkan hasil yang lumayan. Walaupun harganya kurang berbanding dengan harga kacang panjang tetapi oleh kerana timun berat maka hasil timbangan juga adalah lebih banyak.
Satu lagi kebaikan dengan tanaman ini ialah mengutip hasilnya. Keseluruhan hasil timun dapat di kumpulkan dalam masa 30 minit sahaja. Dalam masa 30 minit ini kami dapat mengutip berbakul-bakul hasil timun dari kebun ini berbandingkan dengan 4 jam bagi kacang panjang. Alhamdulillah...
Perkerja terpaksa mengangkut satu persatu
Pangar yang besar lagi kuat
Pokok timun di ikat ke dawai yang merintang
Pokok timun yang mengeluarkan hasil
Pandai pulak nak sembunyi di celah-celah daun yang rimbun
Setelah siap semua pangar dan tali mengikat pohon timun
Salam Bang, sekiranya masih berkesempatan update blog ini, minta tolong contact saya di 019-380 8486. Sebagai peladang muda, banyak benda yang saya ingin pelajari dari pihak tuan..
ReplyDeleteminta tolong hubungi saya yer..
- Firdaus