Sunday, 4 January 2015

Wahai Kekabu untuk Bantal

          Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu (Allen 1971)
         Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.
         Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.
         Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masalah kekurangan bekalan Kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok Kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.- Wikipedia.
          Oleh kerana saya merupakan orang tua (52 tahun), maka saya tetap dan lebih gemar menggunakan bantal kekabu.  Sebagai penggemar bantal kekabu, saya mencari atau memesan rakan-rakan di mana saya boleh mendapat bantal kekabu.  Saya perhatikan terdapat sepokok kekabu yang besar di kampong Temoh ni.  Saya juga lihat tidak ramai peminat dengan buah kekabu yang jatuh sekitarnya.  Mungkin kerana adalah lebih mudah untuk membeli bantal foam atau getah sahaja.  Saya pun mengutip beberapa kantung buah kekabu dan saya bawa balik ke Kota Damansara.  Saya meminta isteri saya untuk menyemaikan nya.
          Alhamdulillah, dalam beberapa minggu saya dapat dalam 8 anak pokok.  Walaubagaimanapun saya hanya dapat menanam 5 pokok sahaja kerana 3 mati apabila saya bawa ke Perak.  Ini ialah pokok yang sempat di tanam di kebun saya di Temoh, Perak.




Sekali pandang macam pokok ubi tapi 
jangan tertipu, ni pokok kekabu 


1 comment:

  1. salam encik, jual tak benih atau anak pokok kekabu? Terima kasih.

    ReplyDelete