Kerja pembersihan saya gunakan adalah yang paling murah. Ini di sebabkan dengan kenaikkan harga minyak tempoh hari menyebabkan kos untuk membersihkan batang sawit menggunakan "excavator" terlalu mahal. Kini walaupun harga minyak turun, harga mereka tak turun pun. Jadi saya menggunakan teknik menghapuskan dengan 'boring' dan racun pokok sawit tersebut. Ia mengambil masa yang agak lama untuk mati dan ada juga yang degil - tak mau mati.
Apabila pokok sawit itu mati maka pelepah-pelepah nya akan luruh dan sedikit demi sedikit batang pokok sawit tersebut juga reput. Jadi pelepah-pelepah ini saya bersihkan dengan membakarnya. Proses membakar hendaklah di jalankan dengan berhati-hati takut melarat kekebun orang lain. Selepas 8-9 bulan proses pembersihan dengan membakar pelepah telah saya jalankan.
No comments:
Post a Comment