Apabila kita berkebun, setelah penat lelah, kita memerlukan tempat untuk berehat. Setelah saya buat kiraan, maka belanja untuk membina bangsal pun mahal juga. Bahan-bahan binaan juga telah naik seperti tiang batu, pasir, batu-bata, kayu (amat mahal sekarang), zink bumbung dsn. Saya pun berbincang dengan pekerja bangla dan mereka memerlukan rakan-rakan mereka dari kilang papan di Temoh. Mereka berpengalaman dalam pertukangan membuat rumah. Seorang di antara mereka merupakan lulusan dari kolej binaan di negara Bangladesh. Bangsal yang saya cadangkan itu kecil sahaja.
Kerja-kerja menanam tiang sedalam 2 kaki dan di konkrit
Susur bumbung dari kayu mengambil masa yang lama. Saya di beritahu kayu tersebut
kurang berkualiti dan patah bila seorang dari mereka naik di atas bumbung.
Nasib baik tiada kecerderaan yang serius.
Setelah seminggu maka siaplah tiang dan bumbung
No comments:
Post a Comment