Berasaskan dengan pengalaman untuk membina pagar di kebun lain seperti di Sg Dadeh, saya dapati kos untuk membuat pagar amat tinggi. Di sana mulanya saya gunakan tiang batu dan pagar berduri. Ia nya tidak berkesan untuk menghindar babi dari masuk ke kebun. Kerosakkan di lihat apabila babi mencari cacing dengan membongkar anak-anak pokok limau saya.
Kemudian saya gunakan pagar 'chain-link'. Walaupun ianya berkesan tapi kosnya amat mahal. Bagi kebun saya yang ketiga ini saya akan cuba pendekatan baru. saya mahu mencuba menggunakan pagar letrik. Pagar letrik ini tidaklah berbahaya bagi manusia kerana voltannya hanya 12v sahaja tetapi sudah cukup untuk memberikan kejutan kepada binatang. Samada ianya berkesan, kita lihatlah nanti.
Saya di beritahu adalah lebih baik menggunakan kayu atau tiang yang di perbuat dari plastik tapi saya gunakan juga tiang batu kerana ia lebih kukuh. Saya bercadang untuk selang-selikan dengan tiang kayu atau plastik. Saya akan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan bekalan tiang plastik yang khas di gunakan untuk pagar letrik ini. Maka bermulalah kerja-kerja menanam tiang batu .......
Pekerja ni amat kuat, boleh pikul di bahu sahaja tiang konkrit ni..
Dia angkat macam tiang ni buat dari kayu aje....
Tinggi tiang ini ialah 7.5 kaki
Rakan dari Kuala Lumpur juga berminat melihat kerja-kerja kami di kebun..
Berape kos ye Tuan, untuk membuat pagar
ReplyDeleteUtk buat pagar batu seluas 2 ekar 1/4 berapa btg yg diperlukan dgn jarak antara tiang 6 kaki ....
ReplyDeleteBerapa harga sebatang termasuk penghantaran ke kota , negeri sembilan ....adakah boleh tuan lakukan ..?