Friday, 9 January 2015

STOK ANAK POKOK SAMPAI

          Anak-anak pokok limau purut dan kasturi sukar di dapati di Perak.  Mungkin di sebabkan permintaan pokok herba ini tidak menjadi pilihan penanam/petani di sini. Saya pada mulanya ingin membeli dari Sg Buloh, Selangor.  Rakan saya yang penjual anak-anak pokok buah-buahan menasihati saya agar membeli dari Muar, Johor kerana mereka pun beli dari sana juga.  Kalau nak beli 5-10 pokok beli saja di Sg Buloh tapi kalau dah mencecah 1,000 pokok adalah lebih murah di beli dari sana.

          Alhamdulillah, saya pun berasal dari Muar, Johor jadi tidaklah susah untuk mendapatkan bekalan.  Memang di akui di Muar terdapat berpuluh kalau tidak beratus 'nursery'yang membekalkan pelbagai pokok dari buah-buahan sehingga bunga-bungaan.  Saya memesan lebih dari 3 minggu untuk mereka mengaturkan pengangkutan ke Temoh, Perak.  Bayaran hendaklah di bayar dahulu. Cemas juga rasanya apabila bayaran dah di buat tapi pokok belum sampai-sampai.   Akhirnya sampai juga anak-anak pokok limau ini.


Lori mengangkut anak pokok limau telah tiba di kebun saya.


Kerja-kerja memunggah anak pokok limau kena berhati-hati
supaya tidak tercabut dari polibeg


Anak-anak pokok mesti disusun dengan rapi agar boleh mengiranya nanti


Kelendan lori sedang mengira jumlah keseluruhan anak pokok limau yang 
di hantar kekebun saya.

MENYIAPKAN DINDING DAN LANTAI

          Setelah bumbung telah siap,lega rasanya kerana di musim hujan ini, beberapa kali kerja-kerja terpaksa berhenti kerana hujan lebat.  Kini mulalah kerja menyiapkan dinding, tingkap dan pintu. Saya kagum dengan kecekapan pertukangan mereka ini menggunakan tali/benang, timbang air untuk mengukur kelurusan tiang dan dinding.  Walaupun kerja-kerja ini mungkin biasa bagi tukang buat rumah tapi bagi saya ianya agar sukar di laksanakan.


Membuat tapak untuk dinding bangsal


tapak di sekeliling telah pun siap di tanam


Melengkapkan dinding dengan bingkai tingkap 


Mereka pun gemar bila di ambil gambar

MEMBINA BANGSAL

          Apabila kita berkebun, setelah penat lelah, kita memerlukan tempat untuk berehat.  Setelah saya buat kiraan, maka belanja untuk membina bangsal pun mahal juga.  Bahan-bahan binaan juga telah naik seperti tiang batu, pasir, batu-bata, kayu (amat mahal sekarang), zink bumbung dsn.  Saya pun berbincang dengan pekerja bangla dan mereka memerlukan rakan-rakan mereka dari kilang papan di Temoh.  Mereka berpengalaman dalam pertukangan membuat rumah.  Seorang di antara mereka merupakan lulusan dari kolej binaan di negara Bangladesh. Bangsal yang saya cadangkan itu kecil sahaja.


Kerja-kerja menanam tiang sedalam 2 kaki dan di konkrit


Susur bumbung dari kayu mengambil masa yang lama.  Saya di beritahu kayu tersebut
kurang berkualiti dan patah bila seorang dari mereka naik di atas bumbung.
Nasib baik tiada kecerderaan yang serius.


Setelah seminggu maka siaplah tiang dan bumbung

Wednesday, 7 January 2015

Memasang Tiang Pagar

          Kita memasang pasar kerana tidak mahu di cerobohi oleh manusia atau binatang.  Buat kebun biasanya kita memasang pagar untuk menghindar dari acaman binatang yang akan merosakkan tamanan kita.  Buat masa ini binatang ternakan seperti lembu, kerbau atau kambing tidak menjadi acaman di kebun saya ini.  Cuma binatang yang sering menggangu dan tidak di undang ialah babi hutan. Malah baru-baru ini ketika kami di kebun pun seekor babi berjalan-jalan di hadapan kami.

          Berasaskan dengan pengalaman untuk membina pagar di kebun lain seperti di Sg Dadeh, saya dapati kos untuk membuat pagar amat tinggi.  Di sana mulanya saya gunakan tiang batu dan pagar berduri.  Ia nya tidak berkesan untuk menghindar babi dari masuk ke kebun.  Kerosakkan di lihat apabila babi mencari cacing dengan membongkar anak-anak pokok limau saya.

          Kemudian saya gunakan pagar 'chain-link'. Walaupun ianya berkesan tapi kosnya amat mahal. Bagi kebun saya yang ketiga ini saya akan cuba pendekatan baru.  saya mahu mencuba menggunakan pagar letrik. Pagar letrik ini tidaklah berbahaya bagi manusia kerana voltannya hanya 12v sahaja tetapi sudah cukup untuk memberikan kejutan kepada binatang.  Samada ianya berkesan, kita lihatlah nanti.  

          Saya di beritahu adalah lebih baik menggunakan kayu atau tiang yang di perbuat dari plastik tapi saya gunakan juga tiang batu kerana ia lebih kukuh.  Saya bercadang untuk selang-selikan dengan tiang kayu atau plastik.  Saya akan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan bekalan tiang plastik yang khas di gunakan untuk pagar letrik ini.  Maka bermulalah kerja-kerja menanam tiang batu .......


Pekerja ni amat kuat, boleh pikul di bahu sahaja tiang konkrit ni..


Dia angkat macam tiang ni buat dari kayu aje....


Tinggi tiang ini ialah 7.5 kaki


Rakan dari Kuala Lumpur juga berminat melihat kerja-kerja kami di kebun..

Tuesday, 6 January 2015

PROSES MEMBERSIHKAN KEBUN

          Kebun ketiga saya dahulunya di tanam dengan pokok sawit.  Walaupun pokok ini tidak begitu tua tetapi ia tidak memberikan hasil yang baik kepada tuannya.  Ini mungkin disebabkan kurang pembajaan dan pokok telah sakit di serang penyakit.  Pucuk menjadi kekuningan dan terdapat ulat pengorek batang.  Walaupun saya menggunakan furadan tapi hasilnya kurang memuaskan.  Lalu saya mengambil keputusan untuk menukar kepada tanaman lain.

         Kerja pembersihan saya gunakan adalah yang paling murah.  Ini di sebabkan dengan kenaikkan harga minyak tempoh hari menyebabkan kos untuk membersihkan batang sawit menggunakan "excavator" terlalu mahal.  Kini walaupun harga minyak turun, harga mereka tak turun pun.  Jadi saya menggunakan teknik menghapuskan dengan 'boring' dan racun pokok sawit tersebut.  Ia mengambil masa yang agak lama untuk mati dan ada juga yang degil - tak mau mati.

          Apabila pokok sawit itu mati maka pelepah-pelepah nya akan luruh dan sedikit demi sedikit batang pokok sawit tersebut juga reput.  Jadi pelepah-pelepah ini saya bersihkan dengan membakarnya.  Proses membakar hendaklah di jalankan dengan berhati-hati takut melarat kekebun orang lain.  Selepas 8-9 bulan proses pembersihan dengan membakar pelepah telah saya jalankan.






Sunday, 4 January 2015

Wahai Kekabu untuk Bantal

          Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu (Allen 1971)
         Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.
         Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.
         Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masalah kekurangan bekalan Kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok Kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.- Wikipedia.
          Oleh kerana saya merupakan orang tua (52 tahun), maka saya tetap dan lebih gemar menggunakan bantal kekabu.  Sebagai penggemar bantal kekabu, saya mencari atau memesan rakan-rakan di mana saya boleh mendapat bantal kekabu.  Saya perhatikan terdapat sepokok kekabu yang besar di kampong Temoh ni.  Saya juga lihat tidak ramai peminat dengan buah kekabu yang jatuh sekitarnya.  Mungkin kerana adalah lebih mudah untuk membeli bantal foam atau getah sahaja.  Saya pun mengutip beberapa kantung buah kekabu dan saya bawa balik ke Kota Damansara.  Saya meminta isteri saya untuk menyemaikan nya.
          Alhamdulillah, dalam beberapa minggu saya dapat dalam 8 anak pokok.  Walaubagaimanapun saya hanya dapat menanam 5 pokok sahaja kerana 3 mati apabila saya bawa ke Perak.  Ini ialah pokok yang sempat di tanam di kebun saya di Temoh, Perak.




Sekali pandang macam pokok ubi tapi 
jangan tertipu, ni pokok kekabu 


Lawatan ke Taman Herba UTAR

Lama saya tidak menulis dalam blog ini kerana kesibukan dengan tugas harian.  Saya di arah untuk membuat kajian bersama rakan-rakan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.  Bila dah siap tu lega rasa nya.....

Dalam kesibukan itu pun sempat juga saya melawat Taman Tani dan Herba, Universiti Tunku Abdul Rahman.  Saya bersama rakan-rakan (Mr. Chong Chee Keong dan Mr Lim Chong Heng) di beri taklimat oleh Ms Tong dari Department of Agriculture, Faculty of Science and Food Science. Pelbagai Herba terdapat di sini walaubagaimanapun saya senaraikan mana yang saya tahu sahaja...hehe maaf ya....



Ms Tong dan Mr Chong


Pegaga


Misai Kucing


Senduduk Putih


Ekor Anjing


Lidah Buaya


Belalai Gajah


Pokok Avocado