“Kangkung, si lengang
kangkung. Kangkung di tepi sawah” ini
merupakan lirik lagu asli melayu tapi ada benarnya. Kangkung terdapat dua jenis iaitu kangkung
siam dan kangkung sawah. Kangkung siam banyak di tanam adalah lebih lembut dan di gemari orang ramai. Kangkung sawah pula lebih senang di tanam jika terdapat lopak air tetapi liat sedikit di bandingkan dengan kangkung siam. Saya berhasrat untuk mencuba menanam sayur
ini. Benihnya amat murah RM8 sekilo
sahaja di bandingkan dengan RM150 bagi kacang bendi untuk hanya 200 gram
sahaja.
Kangkung
yang di tanam memerlukan air yang banyak dan bahan organic yang banyak
juga. Pekerja saya pula amat minat untuk
menanam sayur ini kerana ianya cepat tumbuh dan dalam 20 hari boleh tuai. Penyiraman air juga kerap di lakukan sehingga 3 kali sehari. Hanya masalah pasaran kerana harga kangkung
murah di bandingkan dengan sayuran lain seperti bendi, kacang panjang dan
terung. Kangkung yang di tanam tidak
mempunyai musuh seperti tanaman sayur lain.
Cuma belalang yang suka makan daunnya.
Saya amat gembira kerana pokok nya sihat dan subur.