Wednesday 10 February 2016

Proses meracun dan menyemai

          Proses menyemai mungkin di pandang ringan tetapi memerlukan penelitian kerana setiap langkah hendaklah di ambil dan jangan tertinggal atau terlepas.  Langkah yang pertama ialah memastikan rumput-rumpai di racun bagi memastikan ia tidak menjadi musuh kepada pokok sayur nanti.  Selepas itu proses menyembur racun rumput, tanah kemudian di sembur dengan racun pra-cambah.  Ini bertujuan agar benih rumput-rampai tadi tidak tumbuh dan mengurangkan kerja-kerja merumput di kemudian hari.

          Apabila rumput-rumput telah mati, maka proces selanjutnya ialah membajak atau di panggil 'roto' dimana tanah di haluskan dan batas boleh di lakukan.  Sementara itu tapak semaian perlu di sediakan dan proses menyemai harus di lakukan secepat mungkin.  Tapak semaian harus di gunakan kerana benih tidak akan bercambah setelah racun pracambah di gunakan di batas-batas tadi.

          Benih-benih tadi hendaklah di siram sebanyak 3 kali sehari agar percambahan berlaku.  Proses selanjutnya ialah mengalihkan anak-anak pokok yang telah bercambah ke batas-batas.  Proses ini memakan masa tetapi menjamin setiap batas mempunyai cambahan pokok baru dan tidak lompong kerana benih tidak bercambah.  Pengantian pokok juga adalah lebih senang.  Proses rumit ini di bantu oleh anak-anak dan isteri saya.  Seorang lagi pekerja saya perlukan dalam mempercepatkan tugasan tersebut.


Kerja-kerja meracun rumput rampai.


Anak-anak dan isteri turut membantu


Tapak semaian baru



Proses penyiraman air 3 kali sehari


Proses mengalih anak pokok ke batas-batas


Mesti di lakukan dengan teliti.


No comments:

Post a Comment