Pada pusingan kedua ini, saya mulakan dengan tanaman sayur dedaun kerana saya mendapat pesanan untuk kangkung sahaja 20 kilogram sehari. Jadi saya mula mengira berapa batas dan hari yang perlu di tempuhi. Kangkung memerlukan air yang banyak dan ini harus di pantau dan saya dapati pekerja bangla saya amat malas untuk menyiram air. Saya terpaksa membeli takungan air dan menempatkan di atas batas itu sendiri. Walaupun saya menggunakan sistem sprinkler, tetapi saya dapati ia tidak memadai. Baja yang di gunakan juga saya pelbagaikan.
Walaupun harga sayur kangkung tidak mahal tetapi saya kira sudah cukup untuk membayar kos minyak petrol bagi pam air kebun saya itu. Batas yang saya peruntukan juga tidak banyak.
No comments:
Post a Comment