Salah satu masalah saya di kebun
ini ialah ketiadaan letrik. Oleh itu
saya terpaksa menggunakan bateri kereta bagi lampu di pondok pekerja saya
ini. Walaubagaimanapun , ia juga telah
memberikan banyak masalah kerana kos lampu yang tinggi sehingga RM25 sebiji dan
ianya kerap rosak. Saya telah beli 3
biji bateri kereta dan menggunakannya bergilir-gilir. Bateri ini saya gunakan untuk lampu dan pagar
letrik kebun ini. Bateri-bateri ini pula perlu di caj setiap minggu.
Selepas
menimbangkan kesemuanya (cost benefit analysis), saya mengambil keputusan untuk memasukkan letrik di kebun saya ini. Maka mulalah mencari kontraktor yang
bertauliah dan harga yang berpatutan.
Saya telah memanggil beberapa kontraktor untuk mendapatkan sebutharga
terendah. Ada pelbagai kerenah, ada juga
kontraktor yang tidak mahu menyatakan berapa harga Cuma dengan setuju atau tak
setuju terus masuk letrik. Bayar sahaja
berapa kos pemasangan termasuk deposit kepada Tenaga Nasional. Bila minta anggaran dia kata ‘ dari RM3,000
hingga RM5,000”. Wow, mahal tu….
Akhirnya
dapat nasihat dari kawan Sdr Armini, kontractor yang aneh benar nama nya….Harga
berpatutan tapi susah nak ambil call. Di
fahamkan beliau ini memiliki motor berkuasa besar dan selalu ronda-ronda dari
Penang hingga ke Singapura.
Walaubagaimanapun, beliau mempunyai ramai pekerja dan kerja-kerja di
siapkan dengan cepat atas arahan beliau. Kerja di lakukan dengan pantas cuma bila nak bayar deposit TNB, susah nak jumpa - jadi tergendala sebentar. Apa pun Alhamdulillah semua dah selesai.....Pekerjapun amat gembira dapat lampu dan kipas lektrik.
Salam tuan, sekiranya masih berkesempatan update blog ini, minta tolong contact saya di 019-380 8486. Sebagai peladang muda, banyak benda yang saya ingin pelajari dari pihak tuan..
ReplyDeleteminta tolong hubungi saya yer..
- Firdaus