Tuesday, 22 December 2015

Hasil Sulong

          Sudah tiba masanya untuk mengutip hasil kacang panjang.  Saya amat gembira kerana hasil tangan sendiri dengan bantuan keluarga, kawan dan pekerja dapat memberikan hasil sebegini.  Walaupun saya tahu bukan senang dan masih lagi dalam proses pembelajaran tapi proses pengutipan hasil ini membuat saya amat gembira.  Saya dapati 'post havest management' juga bukan perkara yang senang. Di musim hujan ini, baik bagi pertumbuhan pokok tapi tidak baik bagi buah nya kerana ulat buah akan menyerang buah kacang panjang. Tunjuk ajar dari rakan-rakan dan Jabatan Pertanian dalam penggunaan racun akan saya praktikkan.


Hasil kacang panjang yang dipungut...


Bangsal di simen agar tidak lecah semasa hujan..


Banyak juga hasil yang di kutip...


Proses mengered kacang panjang...


Monday, 21 December 2015

TIMUN SUDAH BERBUNGA

          Masa berlalu dengan begitu cepat dan tanaman saya mengejar saya agar melakukan kerja-kerja dengan lebih cepat lagi.  Saya terperanjat melihat pokok-pokok timun yang telah mengeluarkan bunga kerana saya belum menyediakan pangar bagi pokok timun.  Saya terus mengerahkan pekerja-pekerja saya - termasuk pekerja sambilan untuk mendirikan panggar tersebut.  Cuma panggar untuk pokok timun tidak boleh gunakan bahan yang sama dengan pokok kacang panjang.



Cepat betul pokok ni berbunga



Kenalah saya cepatkan kerja-kerja naikkan panggar untuk pokok timun ni..



Hampir 2 minggu juga untuk menyiapkan kerja-kerja ini..

PROGRAM UNESCO DI GUANGZHOU

          Baru-baru ini saya diberi peluang untuk menghadiri seminar dan lawatan anjuran UNESCO,Bangkok ke Guangzhou, China.  Program ini di atur mengandungi acara seperti membentang kertaskerja, bengkel, lawatan ke sekolah bestari, pertunjukan kebudayaan dsn.  Pihak yang menjadi tuan rumah ialah South China University yang merupakan salah satu universiti diantara berpuluh university di Guangzhou sahaja.  Peserta datang dari berbilang negara seperti Japan, Malaysia, Korea, Thailand, Maldives, Fiji, Australia, Pakistan, Bangladesh, Vietnam, India, Nepal, Filipina dan China.  Banyak aktiviti yang di sediakan dari pagi hingga ke lewat malam. Saya dan rakan dari UTAR berada selama 6 hari di sana.  Walaupun ramai yang nyatakan Guangzhou terdapat banyak tempat untuk membeli belah tapi kami tak sempat pergi kerana program yang ketat di sediakan.  Satu perkara yang saya perhatikan,orang dari China benar-benar menjaga kami sebaiknya.  Setiap orang peserta akan di berikan seorang pelajar yang menjadi petunjuk(guide) kepada kami.  Hidangan makanan pula amat istimewa, kami yang memerlukan makanan halal di sediakan khas untuk santapan kami.


Kamitiba di Hotel di dalam universiti mereka


Santapan pagi kami yang begitu banyak 



Smart School versi China



Makanan Halal yang di hidangkan khas untuk kami



Open theater di South China University



Santapan malam di salah sebuah Muslim Restaurant di Guangzhou



Inilah satu-satunya pusat membeli belah yang sempat saya kunjungi



Persembahan kebudayaan yang di sediakan kepada kami
-sangat menarik - 4 layered stages









Sunday, 20 December 2015

LAWATAN PEGAWAI FAMA

          Pemasaran merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan petani dan ini merupakan kekangan yang sukar untuk di atasi.  Atas kesedaran inilah pihak kerajaan telah menubuhkan FAMA - Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia.  Saya juga terpanggil untuk menghubungi pihak FAMA jika mereka dapat membantu dalam memasarkan hasil pertanian.  Selain FAMA, saya juga cuba menjual hasil ke peraih lain.  Saya perlu banyak cabang untuk memasarkan hasil tanaman saya ini nanti.  Pihak FAMA telah datang melawat ke kebun saya dan meneliti sendiri pokok-pokok yang kami tanam.


En Shaharudin, pengurus pemasaran.


En Azwan meneliti pokok-pokok kacang panjang.


KELUARGA MEMBANTU

          Bantuan dari mana-mana pihak adalah di alu-alukan dalam mengusahakan tanaman sayur ini.  Lebih-lebih lagi keluarga sendiri.  Isteri dan anak-anak saya telah datang di hujung minggu untuk membantu merumput dan mengikat pokok-pokok kacang ke panggar-panggar.  Dengan pembajaan yang cukup serta keperluan air dapat di penuhi semasa musin hujan di hujung tahun menghasilkan pokok-pokok yang subur.  Adalah amat mengembirakan apabila saya dapati pokok kacang telah mula berbunga dan berbuah.


Isteri membantu merumput dan membetulkan lilitan kacang.



Bunga-bunga kacang di waktu pagi.



Anak sulung berjurusan perakaunan turut membantu.



Anak kedua selepas SPM membantu ayah nya.



Merumput adalah pekerjaan rutin di tanah yang subur.



Bunga-bunga kacang yang mula mengeluarkan hasil. 

KAWALAN SERANGGA PEROSAK

          Kawalan serangga perosak merupakan pekerjaan rutin bagi setiap penanam sayur.  Saya dapati serangga yang biasa kita lihat di sini mula-mula sekali menyerang ialah belalang.  Habis daun-daun menjadi berlubang-lubang dan jika tidak di kawal akan merosakkan tanaman sayur.  Atas nasihat pekebun sayur lain dan penjual baja, saya menggunakan racun yang di syorkan yang mengandungi tahap keracunan yang rendah tetapi harus di lakukan semburan selalu.  Peralatan yang cukup di perlukan di samping perlindungan bagi pekerja saya termasuk penutup hidung.


Kawalan serangga secara semburan.


Pakaian dan penutup hidung & mulut di perlukan.


Semburan di lakukan mengikut arah angin agar angin
tidak membawa balik ke arah kita




BERTEDUH DARI PANAS DAN HUJAN

        Apabila semua pokok-pokok di tebang maka tiada tempat untuk berteduh dari terik matahari dan hujam.  Saya pun berbincang untuk meluaskan bangsal itu dengan di panjangkan kepada pondok untuk kami berteduh terutama selepas letih bekerja dan tempat berehat makan/minum.  Dengan kepakaran rakan saya yang dahulunya berkerja sebagai oerang pekerja kontrak, dia memberi tunjuk ajar bagi membina pondok/bangsal kami.


Mr Lim memberi tunjuk ajar.....



Nasib baik pekerja kami boleh berjalan atas tiang-tiang....


Macam Spiderman dia berjalan di atas tiang bumbung...


Akhirnya siap juga....


Siap dalam sehari sahaja...

TIMUN

          Tamanan kedua saya ialah timun.  Walaupun pada asalnya saya tidak mengemari tanaman   kerana saya tidak ada pengalaman untuk menanam nya.  Satu lagi faktor ialah hasil tanaman ini adalah rendah sehingga 60-80 sen sekilo jika harga tersebut di ladang. Nasihat dari peraih menyatakan walaupun harganya rendah tapi timun merupakan buah yang berat dan boleh mencecah 1 tan sehari kalau tanam 2 ekar sahaja.  Jadi saya pun cuba menanam sebanyak 1 ekar sahaja.  Disini kita dapat lihat tunas dan anak pokok mula bercambah.



Anak pokok yang kecil dan sukar untuk nampak.


PANGGAR KACANG

          Proses seterusnya ialah membuat panggar untuk pokok kacang panjang melilit naik ke atas.  Walaupun saya berpuas hati dengan perkembangan pokok kacang ini tetapi sebenarnya pertumbuhan pokok yang amat cepat ini mengejar kita untuk lakukan kerja dengan lebih cepat.  Alhamdullilah kerana kebun saya yang terletak dibelakang kebun ini terdapat beberapa rumpun bunuh jenis kecil.  Nasib baik saya tidak menolakpokok-pokok buluh ini dahulu.  Jadi tidak payahlah saya untuk mencari kayu atau membelinya.  Cuma proses saja yang dikira rumit sedikit.


Jarak jangan terlalu jauh kerana akan melentur bila 
berbuah nanti...



Banyak juga buluh di perlukan..

          Proses seterusnya ialah menghubungkan pangar-pangar menggunakan tali.  Proses ini memakan masa yang lama kerana setiap pokok hendaklah di sambungkan.  Kami memerlukan 4 orang pekerja untuk laksanakan proses ini.  Barulah kami terasa bahwa 1 ekar pokok kacang panjang adalah begitu banyak sebenarnya.













BALIK KAMPUNG TANAM KACANG

          Setelah meneliti dan membuat pengiraan serta nasihat dari peraih sayur, saya dan rakan saya Chong Heng berhasrat untuk memulakan dengan tanaman kacang panjang.  Ini memandangkan kacang panjang mengambil masa yang pendek untuk pengeluaran.  Kami juga telah memesan biji benih terbaik dari peraih tersebut yang mengesyorkan agar menggunakan biji benih yang terbaik agar kadar percambahan  boleh mencapai 99%.  Saya memulakan kerja-kerja roto selepas tanah di bajak menggunakan traktor besar.  Saya amat gembira apabila saya mampu menggunakan mesin power tiller/roto kubota, walaupun rakan saya Chong Heng merasakan ianya amat sukar untuk di kendalikan.


Ia mudah untuk di kendalikan dan tidak menggunakan banyak tenaga.

          Setelah tanah diroto sebanyak 2-3 kali sehingga ia menjadi halus dan hampir berbebu, kerja-kerja membuat batas dilakukan oleh pekerja kami.  Kemudian proses menanam biji benih di lakukan.  Rakan saya kata proses ini amat menyakitkan pinggang kerana terpaksa membongkok.





          Faktor cuaca memainkan peranan yang penting dalam pertanian kerana cuaca yang panas memerlukan air,yangmencukupi manakala jika terlalu banyak hujan,tanah menjadi lecah dan berair menyebabkan akar rosak kerana terendam.  Walaubangaimanapun, selepas kami menyemai,hujan turun dengan lebatnya.  Alhamdulilllah.....



Hujan membawa rahmat kepada kami.....

          Lihatlah hasilnya kami amat gembira kerana tunas dan pucuk dapat dilihat dengan hanya 2 minggu menanam biji benih kacang panjang ini.





LAWATAN KE MALDIVES

          Pada tahun ini, saya berpeluang untuk pergi ke Maldives untuk menghadiri dan membentangkan satu kertas penyelidikan.  Saya amat teruja kerana saya di beritahu negara ini mempunyai pulau-pulau yang terindah di dunia.  Sebelum ini yang saya kira tercantik adalah di Semporna, Sabah seperti di Pulau Mabul.  Saya menaiki kapalterbang MAS dan terpaksa terbang ke Colombo, Sri Langka sebelum ke Male, Maldives.


Saya dan rakan karib Mr Chong Chee Keong menikmati minuman
pagi di Colombo Airport, Sri Langka

          Setiba kami di Maldives Airport, kami terperanjat kerana pulau itu hanya untuk airport sahaja.  Kami terus di arahkan ke jeti dari pulau airport ke Male(satu pulau lagi) iaitu ibu negara Maldives.  Kami tinggal di Male dan keesokkan nya kami di jemput ke Maldives University.  Kami telah melawat sebuah sekolah berdekatan dan kami di arak ke Maldivies University.




Peserta dari Malaysia, Turkey, India, Australia, Bangladesh,
Pakistan, United Kingdom dll

          Banyak aktiviti yang kami jalankan selain menghadiri seminar termasuk lawatan dipulau-pulau lain (maaf tak ingat nama-mana pulau tu), makan malam di Bandos Island,   Yang pengting saya nikmati pemandangan yang cantik dan makanan yang enak dan Halal. Saya ingin ingatkan sebelum memasuki Maldives, kita diingatkan bahwa negara ini adalah negara Islam, di larang membawa masuk babi dan arak.  Saya juga merasa amat selamat dan senang berkommunikasi kerana hampir kesemua penduduk Maldives boleh bertutur bahasa Inggeris.


Air laut yang amat jernih dan biru 
Disinilah boleh nampak blue ocean......


Open Sea Swimming Pool

          Terdapat banyak kenangan manis di sana, tapi blog ini adalah coretan saya mengenai pertanian, jadi cukuplah sampai di sini.  Sekarang Airasia telah menawarkan harga yang amat rendah jika ingin ke sana.  Jom pergi beramai-ramai.  Saya juga ingin kesana lagi, InsyaAllah....