Monday, 10 August 2015

KAWAN DATANG MELAWAT

      Setiap projek yang di jalankan mestilah mempunyai cabaran dan rintangan.  Saya juga tidak terlepas dari cabaran dan rintangan ini.  Dari kawasan yang begitu semak,tiada jalan untuk memasuki kebun, kemarau, kawasan kebun di penuhi air hingga lah binatang perosak seperti babi hutan merupakan beberapa rintangan dan cabaran bagi saya.  Walaubagaimanapun ini merupakan lumrah seorang petani dan saya akur dengan dugaan ini dan jadikan iktibar pada saya.

      Saya cuba mencari penyelesaian dan banyak bantuan yang telah saya perolehi dari rakan-rakan. Rakan dari Jabatan Pertanian, rakan polis, rakan Rela, rakan pekebun, rakan universiti dsn.  Di antara rakan-rakan ini, saya tertarik dengan rakan saya yang telah bertungkus lumus mencari pemburu babi hutan.  Beliau telah dapat sehingga 3 kumpulan yang berbeza agar dapat membantu saya menangani masalah babi hutan di kampung ini.  Saya juga hairan kenapa binatang ini amat suka menggangu tanaman hingga habis anak pokok di cungkil hingga banyak yang mati.  Binatang ini juga pandai, kita buat pagar, dia korek dari bawah pagar.  Kita buat parit yang dalam,dia keliling parit untuk cari jalan masuk.  Akhirnya pemburu juga yang dapat menyelesaikan masalah walaupun tidak 100% kerana binatang ini membiak dengan pantas.  Kadangkala kita pulak merasa takut apabila mendengar berdas-das tembakan.   Takut-takut ada peluru sesat.

       Rakan dari universiti saya juga memberikan sokongan walaupun mereka bukan petani.  Mereka juga menampakkan minat.  Kadang-kadang kita hanya memerlukan sokongan moral.  Kritikan boleh di terima jika ianya membangun dan datangnya dari yang berpengalaman.  Seorang professor yang pernah mengajar saya dari Amerika 25 tahun dahulu pernah menyatakan jika seorang itu hanya penyampu sampah tapi dia berpengalaman dalam menyapu dengan baik, sistematik dan bersih, kita patut belajar dari-nya.  Baru-baru ini saya di beritahu beliau telah meninggal dunia pada usia 86 tahun.  Di bawah ini merupakan rakan-rakan universiti yang melawat saya di kebun baru-baru ini. Saya amat gembira apabila anak pokok yang saya tanam hanya 6-9 inci telah tumbuh sehingga 3 kaki di salah satu kebun saya.  Alhamdulillah....


Ini Ketua Jabatan saya


Tumbuh dengan subur juga akhirnya...


Rakan yang selalu berikan sokongan...


Gembira rasanya apabila melihat pokok yang sihat ini...
Walaupun tidak semua yang sebesar ini..
Saya masih gunakan baja organik yang telah di proses...

No comments:

Post a Comment