Monday, 10 August 2015

KAWAN DATANG MELAWAT

      Setiap projek yang di jalankan mestilah mempunyai cabaran dan rintangan.  Saya juga tidak terlepas dari cabaran dan rintangan ini.  Dari kawasan yang begitu semak,tiada jalan untuk memasuki kebun, kemarau, kawasan kebun di penuhi air hingga lah binatang perosak seperti babi hutan merupakan beberapa rintangan dan cabaran bagi saya.  Walaubagaimanapun ini merupakan lumrah seorang petani dan saya akur dengan dugaan ini dan jadikan iktibar pada saya.

      Saya cuba mencari penyelesaian dan banyak bantuan yang telah saya perolehi dari rakan-rakan. Rakan dari Jabatan Pertanian, rakan polis, rakan Rela, rakan pekebun, rakan universiti dsn.  Di antara rakan-rakan ini, saya tertarik dengan rakan saya yang telah bertungkus lumus mencari pemburu babi hutan.  Beliau telah dapat sehingga 3 kumpulan yang berbeza agar dapat membantu saya menangani masalah babi hutan di kampung ini.  Saya juga hairan kenapa binatang ini amat suka menggangu tanaman hingga habis anak pokok di cungkil hingga banyak yang mati.  Binatang ini juga pandai, kita buat pagar, dia korek dari bawah pagar.  Kita buat parit yang dalam,dia keliling parit untuk cari jalan masuk.  Akhirnya pemburu juga yang dapat menyelesaikan masalah walaupun tidak 100% kerana binatang ini membiak dengan pantas.  Kadangkala kita pulak merasa takut apabila mendengar berdas-das tembakan.   Takut-takut ada peluru sesat.

       Rakan dari universiti saya juga memberikan sokongan walaupun mereka bukan petani.  Mereka juga menampakkan minat.  Kadang-kadang kita hanya memerlukan sokongan moral.  Kritikan boleh di terima jika ianya membangun dan datangnya dari yang berpengalaman.  Seorang professor yang pernah mengajar saya dari Amerika 25 tahun dahulu pernah menyatakan jika seorang itu hanya penyampu sampah tapi dia berpengalaman dalam menyapu dengan baik, sistematik dan bersih, kita patut belajar dari-nya.  Baru-baru ini saya di beritahu beliau telah meninggal dunia pada usia 86 tahun.  Di bawah ini merupakan rakan-rakan universiti yang melawat saya di kebun baru-baru ini. Saya amat gembira apabila anak pokok yang saya tanam hanya 6-9 inci telah tumbuh sehingga 3 kaki di salah satu kebun saya.  Alhamdulillah....


Ini Ketua Jabatan saya


Tumbuh dengan subur juga akhirnya...


Rakan yang selalu berikan sokongan...


Gembira rasanya apabila melihat pokok yang sihat ini...
Walaupun tidak semua yang sebesar ini..
Saya masih gunakan baja organik yang telah di proses...

Saturday, 8 August 2015

MENCARI AIR

       Air merupakan keperluan bagi setiap kehidupan.  Saya telah menggali sebuah perigi salah satu kebun saya.Oleh kerana saya mempunyai tiga bidang kebun yang tidak berdekatan di antara satu sama lain, maka saya terpaksa mengali tiga buah perigi.  Mengali perigi ini nampak mudah, tapi jika tidak mempunyai kepakaran ianya amat sukar.  Saya berpengalaman melihat sendiri kerana salah satu perigi yang di gali oleh kumpulan yang kuat bekerja tetapi tidak mempunyai kepakaran (skill).  Jadi perigi yang digali menjadi senget....haha

   

Dua orang ini merupakan pakar mengali perigi,
mereka lambat sedikit tapi teliti



Anak dan isteri juga turut membantu...


Bayangkan dengan menggunakan cangkul, timba dan tali....


Sepuluh gelung kedalaman 30 kaki dapat di gali...... 





LEPAS BANJIR, KEMARAU PULA

      Pada akhir tahun 2014, kita dapati banyak kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami banjir.  Bencana ini melanda banyak negeri seperti di Perak, Kedah, Johor,Kelantan dan Terengganu.  Negeri yang paling teruk di landa ialah Kelantan.  Rakan-rakan saya yang balik semasa bercuti terperangkap di Kuala Krai sehingga seminggu.

      Walaubagaimanapun, selepas kejadian banjir tersebut,kita di landa dengan kemarau pula.  Ini kebiasaan kerana nak keringkan banjir tadi tetapi kali ini musim kemarau berpanjangan dari bulan dari bulan Januari hingga bulan Julai.  Jadi saya terpaksalah kerahkan pekerja bangla saya untuk menyiram.  Jabatan Pertanian mengarahkan saya agar bersihkan kebun  agar tiada rumput dan harus terang di kebun saya.  Saya memikirkan di bulan yang kering ini, akan menambahkan kekeringan di tanah.  Jadi saya mengambil keputusan dengan hanya memotong rumput- rampai agar tidak semak dan rumput tersebut dapat mengekalkan kelembabpan tanah.  Setiap dua hari saya dan pekerja terpaksa menyiram jika hujan tidak turun.  


Saya tidak gondolkan seperti di sarankan sehingga tiada rumput langsung


Saya hanya menebas agar kelembabpan dapat di kekalkan
terutamadi musim kering ini


Sudah bersih tapi masih ada rumput dan teduhan dari pokok gaharu



Harap Jabatan tidak murka.....


LAMA TAK UPDATE

Saya begitu sibuk pada tahun ini setelah di berikan tugas sebagai Timbalan Dekan di Fakulti. Di antara tugas yang di berikan adalah saya kena pergi ke Nanxia, China bagi memberikan kuliah khas mengenai perkembangan perbankan Islam di Malaysia.  Kalau nak di kira, saya bukanlah pakar, cuma sedikit pengalaman semasa di Bank Negara Malaysia dan mengikuti perkembangan dari masa ke semasa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.  Saya juga pernah terlibat dalam merangka program pendidikan perbankan Islam melalui makmal yang di anjurkan oleh PEMANDU, Jabatan Perdana Menteri.


Dr. Nazri dan saya di Beifang University, Ninxia, China



Perbincangan meja bulat diantara kami bertiga dan pensyarah-pensyarah
 Beifang University 


Peserta di antaranya pelajar dan Pengawai/Pengarah Bank tempatan


Walaupun pergi di bulan April (musim Bunga) tapi masih sejuk
sehingga 3-5 darjah Celsius