Wednesday, 1 February 2017
Kegagalan Di Musim Kemarau
Pada awal Mac 2016 hingga Jun 2016, kebun di Temoh ini menjadi kering kontang. Semua sumber air telah kering. Perigi yang saya gali sedalam 30 kaki juga telah kering. Pelbagai usaha untuk mencari air tetapi tidak berhasil. Terdapat juga Timbalan Menteri yang telah berjanji untuk menolong petani yang mengalami kekeringan air akan di bantu untuk membina telaga tiub (tube well). Saya pun bergegas pergi ke Jabatan Pertanian Tapah untuk mendapatkan bantuan. Sayang sekali apabila di beritahu tiada peruntukan untuk membina telaga tiub ini. Inilah dilemma seorang petani di kampung, apa yang di kata di kaca televisyen merupakan sendiwara rupanya.
Monday, 21 March 2016
Lengang si lengang Kangkung
“Kangkung, si lengang
kangkung. Kangkung di tepi sawah” ini
merupakan lirik lagu asli melayu tapi ada benarnya. Kangkung terdapat dua jenis iaitu kangkung
siam dan kangkung sawah. Kangkung siam banyak di tanam adalah lebih lembut dan di gemari orang ramai. Kangkung sawah pula lebih senang di tanam jika terdapat lopak air tetapi liat sedikit di bandingkan dengan kangkung siam. Saya berhasrat untuk mencuba menanam sayur
ini. Benihnya amat murah RM8 sekilo
sahaja di bandingkan dengan RM150 bagi kacang bendi untuk hanya 200 gram
sahaja.
Kangkung
yang di tanam memerlukan air yang banyak dan bahan organic yang banyak
juga. Pekerja saya pula amat minat untuk
menanam sayur ini kerana ianya cepat tumbuh dan dalam 20 hari boleh tuai. Penyiraman air juga kerap di lakukan sehingga 3 kali sehari. Hanya masalah pasaran kerana harga kangkung
murah di bandingkan dengan sayuran lain seperti bendi, kacang panjang dan
terung. Kangkung yang di tanam tidak
mempunyai musuh seperti tanaman sayur lain.
Cuma belalang yang suka makan daunnya.
Saya amat gembira kerana pokok nya sihat dan subur.
NAIK TARAF INFRASTRUKTUR
Salah satu masalah saya di kebun
ini ialah ketiadaan letrik. Oleh itu
saya terpaksa menggunakan bateri kereta bagi lampu di pondok pekerja saya
ini. Walaubagaimanapun , ia juga telah
memberikan banyak masalah kerana kos lampu yang tinggi sehingga RM25 sebiji dan
ianya kerap rosak. Saya telah beli 3
biji bateri kereta dan menggunakannya bergilir-gilir. Bateri ini saya gunakan untuk lampu dan pagar
letrik kebun ini. Bateri-bateri ini pula perlu di caj setiap minggu.
Selepas
menimbangkan kesemuanya (cost benefit analysis), saya mengambil keputusan untuk memasukkan letrik di kebun saya ini. Maka mulalah mencari kontraktor yang
bertauliah dan harga yang berpatutan.
Saya telah memanggil beberapa kontraktor untuk mendapatkan sebutharga
terendah. Ada pelbagai kerenah, ada juga
kontraktor yang tidak mahu menyatakan berapa harga Cuma dengan setuju atau tak
setuju terus masuk letrik. Bayar sahaja
berapa kos pemasangan termasuk deposit kepada Tenaga Nasional. Bila minta anggaran dia kata ‘ dari RM3,000
hingga RM5,000”. Wow, mahal tu….
Akhirnya
dapat nasihat dari kawan Sdr Armini, kontractor yang aneh benar nama nya….Harga
berpatutan tapi susah nak ambil call. Di
fahamkan beliau ini memiliki motor berkuasa besar dan selalu ronda-ronda dari
Penang hingga ke Singapura.
Walaubagaimanapun, beliau mempunyai ramai pekerja dan kerja-kerja di
siapkan dengan cepat atas arahan beliau. Kerja di lakukan dengan pantas cuma bila nak bayar deposit TNB, susah nak jumpa - jadi tergendala sebentar. Apa pun Alhamdulillah semua dah selesai.....Pekerjapun amat gembira dapat lampu dan kipas lektrik.
Wednesday, 10 February 2016
Proses meracun dan menyemai
Proses menyemai mungkin di pandang ringan tetapi memerlukan penelitian kerana setiap langkah hendaklah di ambil dan jangan tertinggal atau terlepas. Langkah yang pertama ialah memastikan rumput-rumpai di racun bagi memastikan ia tidak menjadi musuh kepada pokok sayur nanti. Selepas itu proses menyembur racun rumput, tanah kemudian di sembur dengan racun pra-cambah. Ini bertujuan agar benih rumput-rampai tadi tidak tumbuh dan mengurangkan kerja-kerja merumput di kemudian hari.
Apabila rumput-rumput telah mati, maka proces selanjutnya ialah membajak atau di panggil 'roto' dimana tanah di haluskan dan batas boleh di lakukan. Sementara itu tapak semaian perlu di sediakan dan proses menyemai harus di lakukan secepat mungkin. Tapak semaian harus di gunakan kerana benih tidak akan bercambah setelah racun pracambah di gunakan di batas-batas tadi.
Benih-benih tadi hendaklah di siram sebanyak 3 kali sehari agar percambahan berlaku. Proses selanjutnya ialah mengalihkan anak-anak pokok yang telah bercambah ke batas-batas. Proses ini memakan masa tetapi menjamin setiap batas mempunyai cambahan pokok baru dan tidak lompong kerana benih tidak bercambah. Pengantian pokok juga adalah lebih senang. Proses rumit ini di bantu oleh anak-anak dan isteri saya. Seorang lagi pekerja saya perlukan dalam mempercepatkan tugasan tersebut.

Kerja-kerja meracun rumput rampai.
Anak-anak dan isteri turut membantu
Tapak semaian baru
Proses penyiraman air 3 kali sehari
Proses mengalih anak pokok ke batas-batas
Mesti di lakukan dengan teliti.
Tuesday, 9 February 2016
Memulakan Pusingan kedua
Banyak pengalaman pahit dan manis saya perolehi dalam menjalankan kerja-kerja menanam sayur. Serangan serangga hendaklah di tanggani dengan segera. Kegagalan dalam menangani masalah tersebut dengan segera mengakibatkan kerugian yang besar. Kepatuhan pekerja juga hendak di ambil kira. Lain yang di suruh, lain yang di buat. Ini juga menimbulkan pelbagai masalah.
Pada pusingan kedua ini, saya mulakan dengan tanaman sayur dedaun kerana saya mendapat pesanan untuk kangkung sahaja 20 kilogram sehari. Jadi saya mula mengira berapa batas dan hari yang perlu di tempuhi. Kangkung memerlukan air yang banyak dan ini harus di pantau dan saya dapati pekerja bangla saya amat malas untuk menyiram air. Saya terpaksa membeli takungan air dan menempatkan di atas batas itu sendiri. Walaupun saya menggunakan sistem sprinkler, tetapi saya dapati ia tidak memadai. Baja yang di gunakan juga saya pelbagaikan.
Walaupun harga sayur kangkung tidak mahal tetapi saya kira sudah cukup untuk membayar kos minyak petrol bagi pam air kebun saya itu. Batas yang saya peruntukan juga tidak banyak.

Musim untuk Labu
Sebenarnya buah labu tidak banyak memerlukan penjagaan. Cuma ia kerap di serang oleh serangga yang amat banyak sehingga boleh menyebabkan pokok jadi layu dan mati. Walaupun banyak racun telah kami gunakan tetapi kurang efektif, pekedai menyesorkan penggunaan racun serangga yang murah tetapi ternyata efektif.
Rupanya pokok labu akan menguluarkan banyak bunga jantan di bandingkan dengan bunga betina. Rakan saya menyatakan kira-kira 7 bunga jantan dan 1 bunga betina. Saya langsung tidak ada pengalaman menanam pokok labu ini. Pucuk labu pula di katakan amat lazat dan pekerja saya memasak kari pucuk labu.

BEREHAT SEJENAK
Setelah letih menjalankan tugasan di universiti dan di kebun, saya membuat keputusan untuk bercuti di Langkawi bersama keluarga. Hampir setiap hujung minggu kami menghabiskan masa di kebun sayur dan hari lain bekerja di universiti. Keluarga pun amat gembira kerana setelah kian lama bertungkus lumus, dapat juga mereka berehat sejenak.
Sempat selfie dalam pesawat
Kami ambil flight ke Langkawi.
Melihat sendiri tradisi membuat memasak minyak gamat.
Lawatan ke Pusat Minyak Gamat Nusantara.
Singgah makan Gulai Kalut di sebelah airport.
Anak-anak bergambar di Dataran Lang
Subscribe to:
Posts (Atom)