Saya amat gembira dan pada hujung minggu kami dapat meneruskan menanam anak-anak pokok tersebut. Dengan menggunakan mesin auger, kami dapat menanam lebih 550 pokok dalam sehari. Dua orang menggali dan seorang menanam. Saya menolong untuk mengangkat dari kebun hadapan ke kebun yang hendak di tanam.
Menggunakan auger lebih mudah dan cepat
Dua pekerja di perlukan untuk menggendalikan mesin ini
Anak-anak pokok ini perlu sungkupan kerana dalam cuaca yang panas, tanah menjadi kering. Di samping itu saya menggunakan pelepah sawit kerana ia juga dapat menghindarkan anak-anak pokok ini di cungkil oleh babi hutan yang selalu merosakkan tanaman di kampong ini. Tenaga isteri dan anak saya kerahkan untuk membantu. Saya juga gemar mereka datang dan membantu. Sekurang-kurangnya mereka dapat melihat sendiri pokok-pokok yang di tanam dan merasakan bakti mereka di kebun yang akan saya turunkan kepada mereka nanti. Walaupun di universiti saya seorang pensyarah kanan dan timbalan dekan, di kebun saya seorang petani. Jadi tidaklah janggal bagi anak saya yang menuntut bidang professional untuk turun di kebun bapanya.
Isteri dan anak juga membantu
Aku seorang petani.
Anak-anak membantu mengaturkan anak-anak pokok
No comments:
Post a Comment