Monday, 9 February 2015

BAJA DAN PERTUMBUHAN POKOK

          Apabila lawatan dari pegawai dari Jabatan Pertanian Titi Gantung memberikan nasihat, saya menurut apa yang di cadangkan.  Dia mencadangkan agar pembajaan di lakukan agar pokok dapat nutrisi yang mencukupi. Baja organik di fikirkan terbaik bagi anak-anak pokok ini. Saya cuba menggunakan baja organik yang telah di proses kerana saya takut baja organik seperti tahi ayam yang belum di proses akan mendatangkan penyakit seperti kulat dsn.

          Ternyata nasihat yang di berikan oleh En Salleh Jali mendatangkan hasil yang memuaskan.  Dua bulan selepas pembajaan di ikuiti dengan hujan yang berterusan, anak-anak pokok telah mengeluarkan tunas dan daun yang baru.  Pembesaran juga di lihat lebih cepat membesar dengan daun-daun yang lebih besar dan lebar.  Pada asalnya anak-anak pokok ini hanya bersaiz 6-8 inci sahaja dan sekarang ada yang mencapai sehingga 1.5 kaki.


Banyak tunas baru


Pokok nampak lebih subur


Daun-daun lebih besar dan lebar 




Anak pokok menjadi tinggi dengan cepat


Friday, 6 February 2015

Auger dah pulih

          Apabila mesin saya tak dapat berfungsi dengan baik, kerja-kerja pun tergendala.  Kerja-kerja menggali menggunakan tulang empat kerat amat memenatkan dan lambat. Saya telah membawa mesin ke Bidor untuk di perbaiki tetapi mekanik mesin pula beberapa hari tidak datang.  Pekedai minta tinggalkan mesin dalam seminggu dua.  Saya tidak berbuat demikian dan salah seorang pekerja menyatakan dia juga mahir dalam membaikinya.  Beliau  minta mesin diberikan kepada beliau. Sehari selepas itu, dia menalifon saya menyatakan mesin auger sudah di perbaiki.


          Saya amat gembira dan pada hujung minggu kami dapat meneruskan menanam anak-anak pokok tersebut.  Dengan menggunakan mesin auger, kami dapat menanam lebih 550 pokok dalam sehari.  Dua orang menggali dan seorang menanam.  Saya menolong untuk mengangkat dari kebun hadapan ke kebun yang hendak di tanam.




Menggunakan auger lebih mudah dan cepat


Dua pekerja di perlukan untuk menggendalikan mesin ini



       
          Anak-anak pokok ini perlu sungkupan kerana dalam cuaca yang panas, tanah menjadi kering. Di samping itu saya menggunakan pelepah sawit kerana ia juga dapat menghindarkan anak-anak pokok ini di cungkil oleh babi hutan yang selalu merosakkan tanaman di kampong ini.  Tenaga isteri dan anak saya kerahkan untuk membantu.  Saya juga gemar mereka datang dan membantu. Sekurang-kurangnya mereka dapat melihat sendiri pokok-pokok yang di tanam dan merasakan bakti mereka di kebun yang akan saya turunkan kepada mereka nanti. Walaupun di universiti saya seorang pensyarah kanan dan timbalan dekan, di kebun saya seorang petani.  Jadi tidaklah janggal bagi anak saya yang menuntut bidang professional untuk turun di kebun bapanya.



Isteri dan anak juga membantu


Aku seorang petani.


Anak-anak membantu mengaturkan anak-anak pokok



 

Monday, 2 February 2015

MESIN MULA MERAGAM

          Penggunaan mesin boleh membantu mempercepatkan kerja-kerja di kebun.  Saya menggunakan mesin auger untuk mengali lubang untuk menanam anak-anak pokok limau.  Bila anak-anak pokok sampai, saya membiarkan beberapa minggu agar anak-anak pokok ini dapat menyuaikan dengan keadaan di kebun saya.  Maklumlah di nursery anak-anak pokok ini di belai dan dalam teduhan.  Apabila di kebun ia akan di dedahkan dengan panas matahari yang terik.  Jadi proses ini perlu dilakukan untuk menguji ketahanan anak-anak pokok ini.


Penyediaan tanah untuk tanaman baru


Mesin Auger tidak berfungsi dengan lancar


          Anak-anak pokok ini saya tanam dengan jarak 6-8 kaki sahaja kerana memandangkan saya akan memotong dahan-dahan tersebut nanti.  Bagi pokok limau purut daun-daun nya menjadi bahan untuk dipasarkan dan bukan buahnya.  Bermulakah kerja-kerja untuk menanam anak-anak pokok di kebun ini. Walaubagaimanapun setelah kurang dari 10 lubang mesin auger tidak dapat berfungsi dengan baik.  Mesin tidak mempunyai 'power' untuk  mengali.  Alternatifnya, terpaksalah saya mencari cebak dan mengali menggunakan tangan secara manual sahaja.


Menggunakan cara manual mengali gunakan cebak


Nampak nya mesin auger terpaksa di rehatkan 


Proses menanam tetap di jalankan.
Dengan kekuatan 3 orang secara manual hanya dapat menanam 
98 pokok sahaja dalam sehari. 



Sunday, 1 February 2015

KERJA PEMBERSIHAN DI TERUSKAN

          Salah satu kerja yang berterusan apabila kita dalam mencebur dalam pertanian ialah pembersihan yang berterusan.  Tanah yang subur dan iklim yang lembap menyebabkan pokok-pokok senang untuk tumbuh walaupun pokok-pokok ini bukan yang kita hendaki.  Rumput-rampai dan anak-anak pokok yang tidak di kehendaki harus di bersihkan atau di musnahkan.  Kerja-kerja ini harus di laksanakan agar kebun tidak menjadi semak-samun.  Ia juga mengundang masalah lain seperti sarang bagi binatang liar seperti babi hutan.



          Saya mengarahkan anak-anak pokok di cantas dan rumput di tebas.  Oleh kerana saya juga telah menanm pokok-pokok tanaman di tanah tersebut maka kerja-kerja harus di lakukan dengan teliti. Selepas kebun di bersihkan, anak-pokok dan rumput ini harus di bakar sepaya ia menjadi baja dan memudahkan kerja-kerja merumput kemudian hari.  Saya menggunakan mesin rumput, jadi kayu dan ranting ini akan menyukarkan kerja-kerja menebas.



ASAM GELUGOR

           Semasa saya pergi melawat bersama-sama pegawai-pegawai Jabatan Pertanian, mereka telah membawa saya pergi ke ladang pokok asam gelugor di Batu Gajah, Perak.  Mereka menerangkan khasiat dan potensi pasaran buah asam gelugor ini.  Kami di beritahu buah-buah dari ladang ini akan di ekspot ke negara Jepun. Walaubagaimanapun,beberapa persiapan perlu dilasanakan kerana buah-buahan ini memerlukan kuarantin, dan suhu yang sejuk sebelum di ekspot agar kesegaran nya terjamin.


Anak pokok Asam Gelugor


Buah Asam Gelugor


         Melihat kepada potensi tanaman ini, semasa saya pergi membeli anak-anak pokok limau purut saya ternampak pokok asam gelugor juga di jual disini. Walaupun harga agak mahal dan saiz nya masih kecil, saya tekad untuk membeli nya.  Jadi saya membeli 50 pokok kerana takut tidak semua akan hidup nanti.  Saya telah menjaga anak-anak pokok ini agar ketinggian boleh mencapai 1.5 hingga 2 kaki.  Setakat ini semua anak-anak asam gelugor berkeadaan sihat nampaknya.  



Petikan dari Laman Web mengenai Asam Gelugor

Asam gelugur (Garcinia atroviridis Griff) atau lebih terkenal dengan nama asam keping merupakan sejenis pokok nadir yang dipercayai berasal dari semenanjung Malaysia. Pokok ini telah disebarkan ke negara-negara jiran seperti di Thailand, Indonesia, Filipina dan juga India. Maklumat berkaitan keluasan tanaman asam gelugor tidak ada yang direkodkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia kerana kebanyakannya di tanam atau tumbuh di kebun secara bercampur dengan tanaman buah-buahan lain. 
Antara negeri-negeri semenanjung yang didapati mempunyai banyak jumlah pokok ini adalah seperti di Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah. Terdapat juga pokok asam gelugor di kawasan hutan dan buahnya dikutip secara berkala oleh penduduk kampung berhampiran. Rasa daun dan bunga adalah lemak-lemak, sedikit manis, sedikit kemasaman dan kelat. Manakala buahnya pula rasa masam jika dimakan. Buah dan pucuknya bersifat sejuk.
Khasiat
Buah asam gelugur mengandungi asid sitrik, asid tartaric, asid malic, asid ascorbic, asid hidroksi sitrik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral. Asid askorbiknya berperanan sebagai anti bakeria. Daunnya pula mengandungi serat, karbohidrat, alkoloid, vitamin dan mineral. Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.
Kegunaan asam gelugur
Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam. Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan masakan sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain.

Asam keping ini mengandungi bahan asid hidrositrik boleh menggantikan asam jawa. Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik. Pucuk muda yang mentah atau dicelur dibuat makanan bersama dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau lain-lain pencecah ketika makan nasi. Buah muda asam gelugur boleh dibuat campuran dalam sambal belacan.
Pucuk mudanya boleh dijadikan ramuan dalam nasi ulam dan nasi kerabu. Daun muda dan bunganya juga boleh dimasukkan ke dalam masakan asam pedas dan masak lemak cili api.

Khasiat rebusan asam gelugur
Ada wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepat kan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.Ternyata asam gelugur atau nama botani nya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan. Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.
Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas. HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.
Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.