Sunday, 20 December 2015

KAWALAN SERANGGA PEROSAK

          Kawalan serangga perosak merupakan pekerjaan rutin bagi setiap penanam sayur.  Saya dapati serangga yang biasa kita lihat di sini mula-mula sekali menyerang ialah belalang.  Habis daun-daun menjadi berlubang-lubang dan jika tidak di kawal akan merosakkan tanaman sayur.  Atas nasihat pekebun sayur lain dan penjual baja, saya menggunakan racun yang di syorkan yang mengandungi tahap keracunan yang rendah tetapi harus di lakukan semburan selalu.  Peralatan yang cukup di perlukan di samping perlindungan bagi pekerja saya termasuk penutup hidung.


Kawalan serangga secara semburan.


Pakaian dan penutup hidung & mulut di perlukan.


Semburan di lakukan mengikut arah angin agar angin
tidak membawa balik ke arah kita




BERTEDUH DARI PANAS DAN HUJAN

        Apabila semua pokok-pokok di tebang maka tiada tempat untuk berteduh dari terik matahari dan hujam.  Saya pun berbincang untuk meluaskan bangsal itu dengan di panjangkan kepada pondok untuk kami berteduh terutama selepas letih bekerja dan tempat berehat makan/minum.  Dengan kepakaran rakan saya yang dahulunya berkerja sebagai oerang pekerja kontrak, dia memberi tunjuk ajar bagi membina pondok/bangsal kami.


Mr Lim memberi tunjuk ajar.....



Nasib baik pekerja kami boleh berjalan atas tiang-tiang....


Macam Spiderman dia berjalan di atas tiang bumbung...


Akhirnya siap juga....


Siap dalam sehari sahaja...

TIMUN

          Tamanan kedua saya ialah timun.  Walaupun pada asalnya saya tidak mengemari tanaman   kerana saya tidak ada pengalaman untuk menanam nya.  Satu lagi faktor ialah hasil tanaman ini adalah rendah sehingga 60-80 sen sekilo jika harga tersebut di ladang. Nasihat dari peraih menyatakan walaupun harganya rendah tapi timun merupakan buah yang berat dan boleh mencecah 1 tan sehari kalau tanam 2 ekar sahaja.  Jadi saya pun cuba menanam sebanyak 1 ekar sahaja.  Disini kita dapat lihat tunas dan anak pokok mula bercambah.



Anak pokok yang kecil dan sukar untuk nampak.


PANGGAR KACANG

          Proses seterusnya ialah membuat panggar untuk pokok kacang panjang melilit naik ke atas.  Walaupun saya berpuas hati dengan perkembangan pokok kacang ini tetapi sebenarnya pertumbuhan pokok yang amat cepat ini mengejar kita untuk lakukan kerja dengan lebih cepat.  Alhamdullilah kerana kebun saya yang terletak dibelakang kebun ini terdapat beberapa rumpun bunuh jenis kecil.  Nasib baik saya tidak menolakpokok-pokok buluh ini dahulu.  Jadi tidak payahlah saya untuk mencari kayu atau membelinya.  Cuma proses saja yang dikira rumit sedikit.


Jarak jangan terlalu jauh kerana akan melentur bila 
berbuah nanti...



Banyak juga buluh di perlukan..

          Proses seterusnya ialah menghubungkan pangar-pangar menggunakan tali.  Proses ini memakan masa yang lama kerana setiap pokok hendaklah di sambungkan.  Kami memerlukan 4 orang pekerja untuk laksanakan proses ini.  Barulah kami terasa bahwa 1 ekar pokok kacang panjang adalah begitu banyak sebenarnya.













BALIK KAMPUNG TANAM KACANG

          Setelah meneliti dan membuat pengiraan serta nasihat dari peraih sayur, saya dan rakan saya Chong Heng berhasrat untuk memulakan dengan tanaman kacang panjang.  Ini memandangkan kacang panjang mengambil masa yang pendek untuk pengeluaran.  Kami juga telah memesan biji benih terbaik dari peraih tersebut yang mengesyorkan agar menggunakan biji benih yang terbaik agar kadar percambahan  boleh mencapai 99%.  Saya memulakan kerja-kerja roto selepas tanah di bajak menggunakan traktor besar.  Saya amat gembira apabila saya mampu menggunakan mesin power tiller/roto kubota, walaupun rakan saya Chong Heng merasakan ianya amat sukar untuk di kendalikan.


Ia mudah untuk di kendalikan dan tidak menggunakan banyak tenaga.

          Setelah tanah diroto sebanyak 2-3 kali sehingga ia menjadi halus dan hampir berbebu, kerja-kerja membuat batas dilakukan oleh pekerja kami.  Kemudian proses menanam biji benih di lakukan.  Rakan saya kata proses ini amat menyakitkan pinggang kerana terpaksa membongkok.





          Faktor cuaca memainkan peranan yang penting dalam pertanian kerana cuaca yang panas memerlukan air,yangmencukupi manakala jika terlalu banyak hujan,tanah menjadi lecah dan berair menyebabkan akar rosak kerana terendam.  Walaubangaimanapun, selepas kami menyemai,hujan turun dengan lebatnya.  Alhamdulilllah.....



Hujan membawa rahmat kepada kami.....

          Lihatlah hasilnya kami amat gembira kerana tunas dan pucuk dapat dilihat dengan hanya 2 minggu menanam biji benih kacang panjang ini.





LAWATAN KE MALDIVES

          Pada tahun ini, saya berpeluang untuk pergi ke Maldives untuk menghadiri dan membentangkan satu kertas penyelidikan.  Saya amat teruja kerana saya di beritahu negara ini mempunyai pulau-pulau yang terindah di dunia.  Sebelum ini yang saya kira tercantik adalah di Semporna, Sabah seperti di Pulau Mabul.  Saya menaiki kapalterbang MAS dan terpaksa terbang ke Colombo, Sri Langka sebelum ke Male, Maldives.


Saya dan rakan karib Mr Chong Chee Keong menikmati minuman
pagi di Colombo Airport, Sri Langka

          Setiba kami di Maldives Airport, kami terperanjat kerana pulau itu hanya untuk airport sahaja.  Kami terus di arahkan ke jeti dari pulau airport ke Male(satu pulau lagi) iaitu ibu negara Maldives.  Kami tinggal di Male dan keesokkan nya kami di jemput ke Maldives University.  Kami telah melawat sebuah sekolah berdekatan dan kami di arak ke Maldivies University.




Peserta dari Malaysia, Turkey, India, Australia, Bangladesh,
Pakistan, United Kingdom dll

          Banyak aktiviti yang kami jalankan selain menghadiri seminar termasuk lawatan dipulau-pulau lain (maaf tak ingat nama-mana pulau tu), makan malam di Bandos Island,   Yang pengting saya nikmati pemandangan yang cantik dan makanan yang enak dan Halal. Saya ingin ingatkan sebelum memasuki Maldives, kita diingatkan bahwa negara ini adalah negara Islam, di larang membawa masuk babi dan arak.  Saya juga merasa amat selamat dan senang berkommunikasi kerana hampir kesemua penduduk Maldives boleh bertutur bahasa Inggeris.


Air laut yang amat jernih dan biru 
Disinilah boleh nampak blue ocean......


Open Sea Swimming Pool

          Terdapat banyak kenangan manis di sana, tapi blog ini adalah coretan saya mengenai pertanian, jadi cukuplah sampai di sini.  Sekarang Airasia telah menawarkan harga yang amat rendah jika ingin ke sana.  Jom pergi beramai-ramai.  Saya juga ingin kesana lagi, InsyaAllah....

Thursday, 26 November 2015

Pertanian itu Perniagaan?

      Ungkapan ini selalu kita dengar dan di laungkan oleh pihak-pihak yang di pertanggungjawabkan.  Sebagai seorang Islam, ada hadis sahih yang menyatakan 9 dari 10 pintu rezeki adalah perniagaan.  Jika ini benar, adalah sunnah bagi kita untuk berniaga.  Berbalik dengan ungkapan tadi pertanian itu perniagaan, kita harus menilai balik dan meneliti secara kritis.  Jika benar, maka semua petani adalah orang yang kaya kerana mendapat 9 dari 10 pintu rezeki dibuka kepada nya.  Di Malaysia pula golongan yang terbawah dalam pendapatan isi-rumah adalah golongan petani. Mengapa ini berlaku? 

            Bagi saya pertanian dan perniagaan adalah dua perkara yang berbeza.  Mereka yang bertani mestilah menjual kepada orang lain untuk mendapatkan hasil.  Kebanyakkan petani tidak menjual sendiri tapi dijual kepada orang tengah.  Maka terdapatlah usaha untuk memerangi orang tengah.  Pelbagai usaha yang di jalankan bagi menbela nasib petani bagi meningkatkan pendapatan mereka.  Saya sebenarnya belum boleh di gelar petani kerana masih meneliti dan masih tidak sanggup untuk berhenti kerja makan gaji.  Sebab utama ialah seorang petani amat bergantung kepada pelbagai halangan dan dugaan.  Tamanan yang rosak oleh serangga, binatang dan juga manusia, faktor cuaca, tenaga kerja, naik-turun harga pasaran, monopoli orang tengah dan pelbagai risiko lagi.  Saya pemengang ijazah dalam perniagaan dan mempunyai pengalaman dalam sistem perbankan.  Tapi ini tidak menjamin jika saya memulakan perniagaan, saya akan berjaya.  Kajian yang di buat di Amerika Syarikat menyatakan 9 dari 10 perniagaan baru (inovasi) GAGAL.


            Pertanian merupakan satu jenis “profession” yang amat sukar untuk di insurankan. Rata-rata syarikat insuran tidak mahu menginsurankan projek pertanian. Jika pun di insurankan, terdapat klausa yang menyatakan “ACT of GOD” dimana kerugian  tidak boleh di tuntut.  Jadi saya juga bertanya, :Tiadakah petani yang berjaya.  Jawapan nya mestilah ada, contohnya Syed Mokhtar dan raja gula Robert Kuok.  Benarkah mereka ini petani atau cuma ahli perniagaan yang meraih keuntungan dari hasil pertanian.  Saya tinggalkan persoalan ini dulu dan bertanya pada diri saya, bolehkah saya menikmati kehidupan yang selesa (bukan kaya) sekurang-kurangnya mendapat pendapatan yang sama dengan apa yang nikmati sekarang?





         Bagi melengkapkan diri saya juga telah di beri peluang untuk melihat kejayaan dan kegagalan petani walaupun tidak secara langsung.  Terdapat juga keadaan di mana saya menghabiskan duit sendiri untuk menghadiri kursus dalam dan luar negara serta menimba ilmu dari pengalaman orang lain.  Saya suka melihat kepada produktiviti perkerjaan.  Di Malaysia rata-rata petani kita merupakan petani sambilan walaupun ada juga yang sepenuh masa.  Contohnya, penoreh getah bangun pagi menoreh getah dan memunggut hasil sebelum tengahari,lepas itu mereka balik ke rumah berehat.  Begitu juga penanam sawit,dalam sebulan hanya bekerja beberapa hari mengutip sawit sahaja. Saya pernah pergi ke Thailand, Narathiwat hingga ke Changrai, petani menoreh getah, membawa bekal makanan pergi pagi dan pulang petang.  Sementara menunggu getah menitik mereka bersihkan kebun hingga ke petang. Mereka juga menanam tanaman kontan.  Jadi produktiviti mereka tinggi.


            Saya bukan nak memburukkan orang di Malaysia,cuma sekadar meneliti dengan kritis.  Saya pernah tinggal di ibukota, bekerja di bank, bangun pagi, hantar anak ke neseri,  mula kerja pukul 9.00 dan pulang pukul 6.00 ptg,tiba rumah pukul 7.00 mlm dan ambil anak.  Masa yang saya luangkan untuk berkerja di institusi tersebut amat lama.  Kerja tetap ada dan belum habis.  Secara logik nya jika kerja dah habis maka mereka tidak akan mengajikan saya….. Saya pula mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran dan akhirnya menjadi pensyarah di universiti.  Disinilah saya sedar,saya mempunyai banyak masa yang terluang.  Saya berusaha gigih sehingga saya mampu untuk mengajar di beberapa universiti sebagai pencarian tambahan.  Saya pernah bertanya kepada Dekan mengenai nya, dia menyatakan jangan sampai saya abaikan kerja hakiki saya,,itu saja.  Setelah beberapa tahun saya di tawarkan memegang jawatan pentadbiran,maka kerja sambilan saya terpaksa di berhentikan.




       Kemudian saya mengambil untuk berhenti bekerja di Kuala Lumpur dan ingin balik ke kampung. Ini merupakan niat saya dari dulu lagi.Saya perlukan tempat yang tenang dan lari dari hiruk pikuk dan jem di bandaraya.  Saya mencari peluang dan dapat kerja di Universiti swasta di Kampar.  Walaupun gaji tak besar,saya selesa kerana dalam 5 minit perjalanan, saya masuk berkerja.  Kadangkala, tengahari pun saya balik sekejap. Universiti ini mengamalkan ‘flexi-hour’ kalau tak ada kuliah atau mesyuarat tidak perlu ke universiti.  Saya amat gembira kerana bekerja 4 hari dalam seminggu.  Sempatlah saya ke kebun untuk memulakan projek pertanian. Walaubagaimanapun kegembiraan saya tidak lama, mungkit mereka lihat kepakaran saya, lepas 6 bulan berkhidmat saya di naikkan menjadi Timbalan Dekan. Maka terpaksalah saya masuk dan balik seperti orang pejabat. Dekan memberitahu saya boleh keluar bila-bila masa jika perlu.  Saya pula kurang selesa dengan cara ini.   
   

         Bagi memenuhi hasrat saya, saya perlu teliti dengan projek apakah yang saya perlu laksanakan.  Sebelum ini saya telah menanam pokok gaharu pada dua keping tanah saya. Oleh kerana kurang pengalaman dan gunakan konsep 3T (tanam,tinggal,tuai) banyak pokok yang mati.  Di antara sebab kerana semasa menanam saya tinggal di KualaLumpur.  Lepas balik ke Kampar, saya mula bersihkan kebun-kebun saya dan saya dapati terdapat banyak ruang-ruang yang kosong. Lepas membuat penyelidikan serba sedikit saya buat keputusan untuk menanam limau purut.  Itupun setelah membuat perjanjian untuk pasaran.




           Jika di teliti,projek gaharu saya merupakan projek long term iaitu dari 8 tahun ke atas. Projek limau purut pula merupakan projek jangka sederhana kerana ia memakan masa 2-3 tahun untuk mengeluarkan hasil.  Lagipun saya hanya nak jual daunnya sahaja.  Saya masih belum berpuas hati dengan jangkaan hasil ini kerana ianya masih sedikit berbanding dengan gaji saya sekarang.  Maka selepas membuat perhitungan saya inginkan produktiviti yang tinggi dengan ruang tanah yang sedikit.  Saya mula bejinak dengan tanaman sayur.  Saya tahu tanaman sayur memerlukan modal yang besar.  Jadi saya memanggil seorang rakankongsi, kalau rugi sama-sama rugi 50/50.




          Saya mulakan dengan mengambil pekerja tetap dan sambilan.  Membina bangsal dan bersihkan tanah.  Membajak dan membeli kubota untuk kerja-kerja di kebun tersebut.  Saya ubah sistem pagar dengan menggunakan pagar lekrik untuk menghindari babi hutan yang banyak berkeliaran di kampung ini. Saya menyimpan rekod yang rapi untuk mengetahui kos sebenar.  Walaupun belum sempurna tetapi saya tetap melakukannya. Alhamdulillah,bulan ini musim hujan,jadi sistem sprinkler tidak di perlukan lagi. Rakan saya berbangsa cina dan saya suruh dia mencari peraih cina dipersekitaran.  Beliau mencari sehingga ke Kuala Lumpur dan Johor.  Akhirnya,saya sendiri dapat beberapa peraih cina dan Melayu yang amat dekat sahaja. Saya juga telah pergi ke FAMA agar rmereka dapat memberikan bantuan.  Saya perlu mempunyai banyak sumber untuk menjual hasil nanti.  Walaupun keluasan adalah sedikit tapi bagi penanam sayur ianya cukup banyak (3 ekar).








             Kita seharusnya bijak untuk menilai yang manakah yang paling baik bagi mencapai matlamat yang kita mahukan.  Dalam perniagaan kita harus menilai portfolio projek. Perancangan perlu ada jangka panjang, sederhana dan pendek.  Bajet juga perlukan 3 pendekatan iaitu ‘optimistic’,’realisitic’ dan ‘pessimistic’.  Setiap perniagaan mempunyai risiko tetapi kita harus menduga risiko tersebut. Walaupun bukan semua risiko dapat di ketahui sebelum ia berlaku tetapi pengurusan yang baik dapat serba sedikit memberikan kelegaan. Mempelbagaikan portfolio adalah konsep dalam pelaburan (finance and investment) tapi saya gunakan untuk projek-projek saya.


pemborong sayur


Saya membajak tanah....