Wednesday, 10 February 2016

Proses meracun dan menyemai

          Proses menyemai mungkin di pandang ringan tetapi memerlukan penelitian kerana setiap langkah hendaklah di ambil dan jangan tertinggal atau terlepas.  Langkah yang pertama ialah memastikan rumput-rumpai di racun bagi memastikan ia tidak menjadi musuh kepada pokok sayur nanti.  Selepas itu proses menyembur racun rumput, tanah kemudian di sembur dengan racun pra-cambah.  Ini bertujuan agar benih rumput-rampai tadi tidak tumbuh dan mengurangkan kerja-kerja merumput di kemudian hari.

          Apabila rumput-rumput telah mati, maka proces selanjutnya ialah membajak atau di panggil 'roto' dimana tanah di haluskan dan batas boleh di lakukan.  Sementara itu tapak semaian perlu di sediakan dan proses menyemai harus di lakukan secepat mungkin.  Tapak semaian harus di gunakan kerana benih tidak akan bercambah setelah racun pracambah di gunakan di batas-batas tadi.

          Benih-benih tadi hendaklah di siram sebanyak 3 kali sehari agar percambahan berlaku.  Proses selanjutnya ialah mengalihkan anak-anak pokok yang telah bercambah ke batas-batas.  Proses ini memakan masa tetapi menjamin setiap batas mempunyai cambahan pokok baru dan tidak lompong kerana benih tidak bercambah.  Pengantian pokok juga adalah lebih senang.  Proses rumit ini di bantu oleh anak-anak dan isteri saya.  Seorang lagi pekerja saya perlukan dalam mempercepatkan tugasan tersebut.


Kerja-kerja meracun rumput rampai.


Anak-anak dan isteri turut membantu


Tapak semaian baru



Proses penyiraman air 3 kali sehari


Proses mengalih anak pokok ke batas-batas


Mesti di lakukan dengan teliti.


Tuesday, 9 February 2016

Memulakan Pusingan kedua

          Banyak pengalaman pahit dan manis saya perolehi dalam menjalankan kerja-kerja menanam sayur.  Serangan serangga hendaklah di tanggani dengan segera.  Kegagalan dalam menangani masalah tersebut dengan segera mengakibatkan kerugian yang besar.  Kepatuhan pekerja juga hendak di ambil kira.  Lain yang di suruh, lain yang di buat.  Ini juga menimbulkan pelbagai masalah.

          Pada pusingan kedua ini, saya mulakan dengan tanaman sayur dedaun kerana saya mendapat pesanan untuk kangkung sahaja 20 kilogram sehari.  Jadi saya mula mengira berapa batas dan hari yang perlu di tempuhi.  Kangkung memerlukan air yang banyak dan ini harus di pantau dan saya dapati pekerja bangla saya amat malas untuk menyiram air.  Saya terpaksa membeli takungan air dan menempatkan di atas batas itu sendiri.  Walaupun saya menggunakan sistem sprinkler, tetapi saya dapati ia tidak memadai.  Baja yang di gunakan juga saya pelbagaikan.

          Walaupun harga sayur kangkung tidak mahal tetapi saya kira sudah cukup untuk membayar kos minyak petrol bagi pam air kebun saya itu. Batas yang saya peruntukan juga tidak banyak.









Musim untuk Labu

          Sebenarnya buah labu tidak banyak memerlukan penjagaan.  Cuma ia kerap di serang oleh serangga yang amat banyak sehingga boleh menyebabkan pokok jadi layu dan mati.  Walaupun banyak racun telah kami gunakan tetapi kurang efektif, pekedai menyesorkan penggunaan racun serangga yang murah tetapi ternyata efektif.

          Rupanya pokok labu akan menguluarkan banyak bunga jantan di bandingkan dengan bunga betina.  Rakan saya menyatakan kira-kira 7 bunga jantan dan 1 bunga betina.  Saya langsung tidak ada pengalaman menanam pokok labu ini.  Pucuk labu pula di katakan amat lazat dan pekerja saya memasak kari pucuk labu.







BEREHAT SEJENAK

          Setelah letih menjalankan tugasan di universiti dan di kebun, saya membuat keputusan untuk bercuti di Langkawi bersama keluarga.  Hampir setiap hujung minggu kami menghabiskan masa di kebun sayur dan hari lain bekerja di universiti.  Keluarga pun amat gembira kerana setelah kian lama bertungkus lumus, dapat juga mereka berehat sejenak.



Sempat selfie dalam pesawat


Kami ambil flight ke Langkawi.


Melihat sendiri tradisi membuat memasak minyak gamat.


Lawatan ke Pusat Minyak Gamat Nusantara.


Singgah makan Gulai Kalut di sebelah airport.



Anak-anak bergambar di Dataran Lang