Tuesday, 26 January 2016

LAWATAN DARI INSTITUT PERTANIAN SERDANG DAN SJKC PEI YUEN


          Saya telah memberitahu rakan-rakan dari KL bahwa saya telah menjadi petani dan menyuruh mereka untuk memberikan tunjuk ajar.  Ramai juga yang telah memberikan nasihat dan ada yang datang sendiri ke kebun saya.  En Wan dan En Yusni dari Insitut Pertanian Serdang/Jabatan Pertanian Serdang serta beberapa lagi pegawai dari Kementerian Asas Tani, Putrajaya telah datang dan memberikan pelbagai nasihat.  Mereka juga memperlawa saya untuk datang ke pejabat mereka di Serdang untuk mendapatkan khidmat nasihat secara praktikal.


En Wan memberi penerangan


Orang lama dalam pertanian - En Yusni


          Lawatan dari SJKC Pei Yuen juga telah datang untuk melihat sendiri kebun sayur dan mereka berhasrat untuk membawa murid-murid mereka dalam sessi praktikal sains.  Mereka amat gembira kerana dapat melihat sendiri dan memetik sendiri sayur kacang panjang dan timun di kebun tersebut. Mereka juga melawat kebun limau purut dan limau kasturi saya dan terletak berhampiran dengan kebun sayur.


In tour guide...


Guru-gur dan murid dari SJKC Pei Yuen


Mereka seronok mengutip hasil tanaman


Pokok timun yang lebat berbuah


Mengikat dan mengred suyur..


Monday, 25 January 2016

LAWATAN DARI JABATAN PERTANIAN

          Saya dapati bahawa saya amat berkurangan dalam segi pertanian.  Walaupun saya mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan tetapi saya perlu mempelajari berbagai ilmu jika ingin menceburi bidang pertanian ini.  Saya telah membuat beberapa lawatan di Jabatan Pertanian Tapah dan berjumpa dengan beberapa pegawai di sana.  Diantaranya ialah En.Raduan,  Cik Fathin dan Cik Miza.  Saya memerlukan input-input seperti khidmat nasihat serta bantuan bekalan seperti baja dan racun.  Saya juga memperlawa mereka ke kebun saya di Temoh, Perak.  Alhamdulillah, mereka telah sampai ke kebun dan melihat sendiri hasil kerja saya ini.

          Selain dari pegawai dari Jabatan Pertanian Tapah, seorang lagi rakan En Mohamad Salleh Jali juga telah datang dan memberikan kata-kata rangsangan dan tunjuk ajar.  Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka ini.


Cik Fathin dari Jabatan Pertanian Tapah


Salah seorang pelajar praktikal di JPN Tapah


Saya menerangkan ragam pokok timun 


Saya mengutip timun walaupun ketika itu hasilnya kecil sahaja


Cik Fathin melawat salah satu kebun limau purut saya 


En Mohd Saleh Jali dari Jab. Pertanian
Chenderong Balai


Melihat sendiri salah satu kebun yang belum 
pernah di lawati - kebun limau purut dan limau kasturi

TANAMAN TIMUN

          Tanaman timun adalah di antara tanaman yang saya usahakan di kebun saya ini.  Saya pada asal nya saya tidak berminat menanam nya kerana memerlukan pangar yang di kira rumit.  Ia memerlukan tiang-tiang yang besar dan tinggi.  Setiap tiang memerlukan ketinggian 8 kaki untuk menampung dawai kawat besi yang tebal.  Satu batas memerlukan 4 batang tiang dan bayangkan jika 30 batas di perlukan.

          Oleh kerana kami sibuk dengan kutipan hasil kacang panjang yang memerlukan masa yang agak lama untuk mengutip hasilnya, kami terlupa hingga satu hari saya melihat banyak bunga kuning pada pokok timun ini.  Jadi kami tergegas untuk mendirikan pangar-pangar timun pula.  Hasil yang di perolehi juga amat memberangsangkan.  Pada mulanya hasil nya hanya timun yang kecil-kecil sahaja tetapi selang seminggu, pokok-pokok timun ini mengeluarkan hasil yang lumayan.  Walaupun harganya kurang berbanding dengan harga kacang panjang tetapi oleh kerana timun berat maka hasil timbangan juga adalah lebih banyak.

          Satu lagi kebaikan dengan tanaman ini ialah mengutip hasilnya.  Keseluruhan hasil timun dapat di kumpulkan dalam masa 30 minit sahaja.  Dalam masa 30 minit ini kami dapat mengutip berbakul-bakul hasil timun dari kebun ini berbandingkan dengan 4 jam bagi kacang panjang.  Alhamdulillah...


Perkerja terpaksa mengangkut satu persatu


Pangar yang besar lagi kuat


Pokok timun di ikat ke dawai yang merintang


Pokok timun yang mengeluarkan hasil


Pandai pulak nak sembunyi di celah-celah daun yang rimbun


Setelah siap semua pangar dan tali mengikat pohon timun