Saya merasa amat teruja dengan hasil yang dapat saya lihat dan nikmati. Apabila saya melihat kembali blog saya yang lepas-lepas, saya dapati sudah lebih setahun saya mengusahakan projek menanam herba limau purut ini. Walaupun kerja-kerja infra di lakukan lebih awal, seawal enam bulan sebelum pokok boleh di tanam. Saya memulakan kerja menanam anak-anak pokok limau purut pada bulan September and Oktober 2014. Hasilnya dapat saya nikmati pertumbuhan yang agak memuaskan seperti di bawah ini.
Anak pokok yang hanya dalam 6 inci telah tumbuh sehingga 3 kaki
Saya pun nak selfie jugak.....
Pertumbuhan pokok yang sihat menggembirakan
saya dan ahli keluarga.
No comments:
Post a Comment