Perlu diingat jika kita ingin memulakan apa jua projek, kita perlukan perancangan yang rapi. Teringat saya kata-kata dalam 'project management' - 'if you fail to plan, you plan to fail'. Walaubagaimanapun,dugaan tetap akan ada, sebagai seorang insan, kita harus bersabar dan berusaha sebaiknya. Sebaik mana pun perancangan, tetap mempunyai rintangan. Kita harus tidak berputus asa, dan harus berusaha lebih gigih lagi. Saya juga tidak terkecuali dengan pelbagai rintangan. Dalam usaha untuk mengawal acaman babi, kebanyakkan duit telah di belanjakan dalam mengali parit, memagar menggunakan dawai berduri hingga menggunakan pagar chain-link. Ramai penduduk kampung merasa hairan kerana kos untuk memagar sekeping tanah 3 ekar menelan belanja yang banyak. Usaha ini saya tetap jalankan bagi menjaga anak-anak pokok limau purut saya.
Oleh kerana pelbagai usaha saya gunakan untuk menghindar 2 keping tanah dari di cerobohi babi hutan ini maka sekeping lagi tanah yang saya miliki tertinggal. Perlu di ingat ini bukan untuk di abaikan cuma perlu lebih bijak mengatur kerana kos infra membuang pokok kelapa sawit adalah mahal. Dengan kenaikkan harga minyak dan pelbagai kos, saya menggambil tindakan untuk melupuskan dengan kaedah mematikan pokok-pokok ini menggunakan racun. Proses ini memakan masa yang agak lama tapi saya tetap laksanakan.
Pokok-pokok sawit yang mati dan masih hidup
Terpaksa menggunakan jentera bagi kerja-kerja pembersihan
Seorang rakan universiti yang mencuba skill
tetapi setakat sepokok yang telah mati,bolehlah....haha
Kebanyakkan pokok-pokok sawit ini mati, tetapi terdapat juga pokok yang degil tidak mati walaupun telah di racun beberapa kali. Akhirnya saya terpaksa menggunakan jentera untuk melupuskannya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar hingga jentera tersangkut pada pokok yang amat tegar mengakibatkan kelambatan kerana terpaksa memperbaiki jentera pula. Hasil nya saya kira amat memuaskan. Jika sebelum ini tinggal dengan pokok-pokok mati, kini menjadi seperti padang jarak,padang terukur.
No comments:
Post a Comment