Sunday 25 October 2015

Meneruskan Kerja-kerja Infra

       Perlu diingat jika kita ingin memulakan apa jua projek, kita perlukan perancangan yang rapi.  Teringat saya kata-kata dalam 'project management' - 'if you fail to plan, you plan to fail'.   Walaubagaimanapun,dugaan tetap akan ada, sebagai seorang insan, kita harus bersabar dan berusaha sebaiknya.  Sebaik mana pun perancangan, tetap mempunyai rintangan.  Kita harus tidak berputus asa, dan harus berusaha lebih gigih lagi.  Saya juga tidak terkecuali dengan pelbagai rintangan. Dalam usaha untuk mengawal acaman babi, kebanyakkan duit telah di belanjakan dalam mengali parit, memagar menggunakan dawai berduri hingga menggunakan pagar chain-link.  Ramai penduduk kampung merasa hairan kerana kos untuk memagar sekeping tanah 3 ekar menelan belanja yang banyak.  Usaha ini saya tetap jalankan bagi menjaga anak-anak pokok limau purut saya.

       Oleh kerana pelbagai usaha saya gunakan untuk menghindar 2 keping tanah dari di cerobohi babi hutan ini maka sekeping lagi tanah yang saya miliki tertinggal.  Perlu di ingat ini bukan untuk di abaikan cuma perlu lebih bijak mengatur kerana kos infra membuang pokok kelapa sawit adalah mahal.  Dengan kenaikkan harga minyak dan pelbagai kos, saya menggambil tindakan untuk melupuskan dengan kaedah mematikan pokok-pokok ini menggunakan racun.  Proses ini memakan masa yang agak lama tapi saya tetap laksanakan.


Pokok-pokok sawit yang mati dan masih hidup


Terpaksa menggunakan jentera bagi kerja-kerja pembersihan


Seorang rakan universiti yang mencuba skill 
tetapi setakat sepokok yang telah mati,bolehlah....haha


        Kebanyakkan pokok-pokok sawit ini mati, tetapi terdapat juga pokok yang degil tidak mati walaupun telah di racun beberapa kali. Akhirnya saya terpaksa menggunakan jentera untuk melupuskannya.  Alhamdulillah, semua berjalan lancar hingga jentera tersangkut pada pokok yang amat tegar mengakibatkan kelambatan kerana terpaksa memperbaiki jentera pula.  Hasil nya saya kira amat memuaskan.  Jika sebelum ini tinggal dengan pokok-pokok mati, kini menjadi seperti padang jarak,padang terukur. 
 
        


Thursday 22 October 2015

Petumbuhan Pokok Limau Purut

       Saya merasa amat teruja dengan hasil yang dapat saya lihat dan nikmati.  Apabila saya melihat kembali blog saya yang lepas-lepas, saya dapati sudah lebih setahun saya mengusahakan projek menanam herba limau purut ini.  Walaupun kerja-kerja infra di lakukan lebih awal, seawal enam bulan sebelum pokok boleh di tanam.  Saya memulakan kerja menanam anak-anak pokok limau purut pada bulan September and Oktober 2014.  Hasilnya dapat saya nikmati pertumbuhan yang agak memuaskan seperti di bawah ini.


Anak pokok yang hanya dalam 6 inci telah tumbuh sehingga 3 kaki


Saya pun nak selfie jugak.....


Pertumbuhan pokok yang sihat menggembirakan 
saya dan ahli keluarga.

Wednesday 21 October 2015

Menyulam dan Menambah Pokok

       Adalah menjadi kebiasaan apabila kita menanam pokok terdapat anak pokok yang mati.  Dengan demikian kita harus mengganti pokok-pokok yang telah mati ini.   Saya juga telah menambah anak pokok herba yang lain iaitu pokok asam gelugor.  Saya di beritahu pokok asam gelugor amat baik untuk di jadikan bahan mentah bagi produk herba.  Saya telah menempah anak-anak pokok ini dari Muar, Johor.


Anak-anak pokok yang hendak di sulam


Perkerja saya meletakkan sungkupan dan pager yang di buat dari pelepak pokok sawit.


Anak pokok dari biji benih mengeluarkan duri yang panjang.


Pokok asam gelugor ini tidak setahan anak pokok limau,
dari 50 pokok yang di tanam hanya 20% sahaja yang 
berjaya hidup dan membesar.

Tuesday 20 October 2015

Tugas Rasmi Universiti

       Sebahgian dari tugas-tugas rasmi di universiti saya ialah menghadiri dan menyempurnakan penyampaian ijazah bagi pelajar-pelajar semasa Konvokesyen.  Konvokesyen ini di adakan 2 kali setahun di Universiti Tunku Abdul Rahman.  Kali ini dekan saya ke luar negara jadi saya sebagai timbalan dekan terpaksa memberikan ijazah-ijazah tersebut.  Seramai 780 orang pelajar telah tamat pengajian mereka kali ini dan saya terpaksa menhadiri majlis konvokesyen ini selama 3 hari dari Jumaat hingga Ahad.


Faculty of Business and Finance


Bersama Dr. Prissilla (Faculty of Arts and Social Science)

Lawatan dan Penyelidikan Pertanian

          Saya dan rakan-rakan dari Fakulti Sains (Pertanian), Universiti Tunku Abdul Rahman telah membuat lawatan ke ladang sayur di sekitar Kampar.  Kami telah bertemu dengan En. Chai yang merupakan Pengerusi, Persatuan Petani Cina Malim Nawar.  Beliau telah membawa kami ke ladang sayur yang amat luas di Malim Nawar.  Semua tanaman ini di tanam di tanah bekas lombong yang pada dasarnya tidak mempunyai nutrien.  Saya amat hairan dan kagum sekali kerana sebelum ini ramai  menyatakan tanah bekas lombong tidak sesuai untuk pertanian.  En Chai memberitahu dia telah menanam sayur kangkung,lobak putih, keledek, sengkuang dan jagung lebih dari 10 tahun.  Luasnya ladang ini ialah di anggarkan  50 ekar.  Dengan hanya 9 orang pekerja, beliau telah dapat meneroka bekas lombong ini dan mengeluarkan hasil untuk di ekspot ke Singapura.  Kebanyakkan kerja dilakukan dengan mesin seperti traktor, generator, dan mesin-mesin kecil.


Sessi perbincangan dengan Mr Chai, Pengerusi, Persatuan Petani Cina Malim Nawar


Begitu luas tanaman lobakputih ini


Sistem pengairan menggunakan sprikler system


Tanaman Gajung juga di usahakan di sini


Tanaman Sayur Kangkung


Tanaman sengkuang yang mendapat pasaran di Singapura



Tapak bekas lombongini merupakan lombong emas bagi mereka yang gigih.
Saujana mata memandang hamparan tanaman ini...