Saya mempunyai pengalaman menanam pokok menggunakan cebak
dan cangkul. Kalau 10-20 pokok tidak
menjadi masalah tapi apabila mencecah ribuan pokok....... Ia amat memenatkan dan mengambil masa yang
lama. Tapak tangan juga melecet jika
berterusan menggali menggunakan cebak ini.
Untuk projek ini saya membelanjakan wang untuk menggunakan mesin auger
untuk menggali tanah bagi menanam anak pokok limau purut ini. Mesin ini memerlukan 2 orang untuk mengendalikan
nya. Salah seorang dari mereka mestilah berbadan
besar dan tinggi kerana mesin ini menggegarkan badan dan perlu mengangkat
tinggit sedikit selepas menggali.
Perkerja ku ini bernama Shamsul berbadan tegap macam badang...hehe
Perlu membenamkan auger pada paras yang dalam sedikit dari
tanah di polibeg untuk memberikan ruang
Proses ini diteruskan sehingga habis kesemuanya. Ia mengambil masa selama
5 hari untuk menyiapkan lebih seribu lubang dengan 4 pekerja. Pekerja
mestilah bertukar-tukar dan mesin perlu rehat juga...
No comments:
Post a Comment