Setelah kian lama saya menunggu pesanan anak-anak
limau purut yang telah di tempah dan di bayar, akhirnya tiba juga selepas
beberapa kali menalifon dan akhir sekali saya telah pergi sendiri dan bersemuka
dengan penjual anak-anak pokok ini.
Saya
telah nyatakan pada mereka agar menggunakan lori yang kecil kerana jalan
kampong yang sempit tetapi yang datang adalah lori trailer. Muatan hanya 25% peratus dari ruang yang
ada. Dah le saya kena bayar RM800 lagi
kerana pengangkutan. Saya terpaksa
meletakkan anak-anak pokok ini di rumah mertua saya yang terletak 1 km dari
kebun saya. Walaupun tak jauh, bayangkan
nak mengangkut 1,000 pokok dalam kereta proton aeroback saya ni. Ini semua
adalah dugaan yang terpaksa di terima.
Anak-anak
pokok limau purut yang segar
Pekerja
pun nak bergambar juga...hehe
Anak
pokok limau purut yang kira-kira sekaki begitu segar tetapi sebenarnya
telah
lebih dari 10-12 bulan dalam polibeg ni.
No comments:
Post a Comment