Selepas anak-anak pokok di tanam, kami melakukan proses sungkupan atas
anak-anak pokok ini. Sungkupan ini
bertujuan untuk memeliharan kelembapan tanah dan jika terdapat binatang liar
seperti babi hutan, sungkupan menggunakan pelepah sawit ini tidak di gemari
mereka. Pelepah sawit ini apabila kering
nanti akan meninggalkan duri-duri untuk melindung anak pokok ini. Alhamdulillah, akhirnya kesemua anak-anak
pokok limau purut telah selamat di tanam.
Kami berdoa agar ia dapat hidup dengan baik dan kadar kematian dapat di
kurangkan.
Memotong pelepah
sawit yang tumbuh liar di kebun saya ni..
Isteri dan anak
menyusun pelepah untuk jadikan sungkupan