Thursday, 30 October 2014

Proses Sungkupan

Selepas anak-anak pokok di tanam, kami melakukan proses sungkupan atas anak-anak pokok ini.  Sungkupan ini bertujuan untuk memeliharan kelembapan tanah dan jika terdapat binatang liar seperti babi hutan, sungkupan menggunakan pelepah sawit ini tidak di gemari mereka.  Pelepah sawit ini apabila kering nanti akan meninggalkan duri-duri untuk melindung anak pokok ini.  Alhamdulillah, akhirnya kesemua anak-anak pokok limau purut telah selamat di tanam.  Kami berdoa agar ia dapat hidup dengan baik dan kadar kematian dapat di kurangkan.


Memotong pelepah sawit yang tumbuh liar di kebun saya ni..


Isteri dan anak menyusun pelepah untuk jadikan sungkupan












Monday, 27 October 2014

Bantuan dari Keluarga

Proses penanaman anak-anak pokok hendaklah di jalankan dengan berhati-hati.  Empat pekerja di kerahkan untuk membuat lobang-lobang.  Kami juga bernasib baik kerana proses penanaman di lakukan pada musim hujan....  Keluarga saya juga datang untuk menolong menanam anak-anak pokok limau purut ini.  Anak saya menghabiskan cuti semester universiti untuk menolong ayah nya...


Lubang yang telah di gali menggunakan auger


Anak dan isteri turut membantu menanam anak-anak pokok


Lubang yang di gali hendaklah lebih dalam dan lebih luas


Menimbus tanah kembali di keliling anak pokok















Sediakan payung sebelum hujan

Walaupun sekarang ini musim hujan, saya menyediakan takung-takung air berbentuk gelung simen.  Saya beli 4 gelung dan di letakkan berbaris di tengah-tengah kebun... Tujuan untuk memudahkan air hujan dapat di takung dan digunakan nanti.




Sunday, 26 October 2014

Proses Menanam di Kebun

Saya mempunyai pengalaman menanam pokok menggunakan cebak dan cangkul.  Kalau 10-20 pokok tidak menjadi masalah tapi apabila mencecah ribuan pokok.......    Ia amat memenatkan dan mengambil masa yang lama.  Tapak tangan juga melecet jika berterusan menggali menggunakan cebak ini.  Untuk projek ini saya membelanjakan wang untuk menggunakan mesin auger untuk menggali tanah bagi menanam anak pokok limau purut ini.  Mesin ini memerlukan 2 orang untuk mengendalikan nya.  Salah seorang dari mereka mestilah berbadan besar dan tinggi kerana mesin ini menggegarkan badan dan perlu mengangkat tinggit sedikit selepas menggali.


Perkerja ku ini bernama Shamsul berbadan tegap macam badang...hehe


Perlu membenamkan auger pada paras yang dalam sedikit dari 
tanah di polibeg untuk memberikan ruang


Proses ini diteruskan sehingga habis kesemuanya.  Ia mengambil masa selama
5 hari untuk menyiapkan lebih seribu lubang dengan 4 pekerja.  Pekerja
mestilah bertukar-tukar dan mesin perlu rehat juga...



Pembajaan dan Pemulihan Tanah

Saya di beri tunjuk ajar dari seorang rakan yang merupakan pakar di UPM untuk memulihkan tanah dari pembajaan.  Saya di sarankan menggunakan baja tahi ayam kerana ia merupakan bahan asli (natural) yang akan memulihkan tanah.  Walaubagaimanapun beliau menyatakan kandungan nutrien dalam baja ini amat kurang jika di bandingkan dengan baja kimia.  Ia boleh dilakukan selang-selikan dengan baja kimia atau selepas ini menggunakan baja tahi ayam yang telah di proses.


Pembekal menghantar 100 beg baja kepada kebun ini


Thursday, 16 October 2014

Memasang Pagar Chain-link

Langkah ini merupakan langkah ketiga yang saya ambil untuk membendung ancaman babi hutan dari masuk ke kebun saya.  Kebun saya ini di pagari dengan pagar chain-link.  Walaupun kosnya amat mahal di bandingkan dengan cara lain tetapi saya tetap ingin mencubanya.  Ini berdasarkan pengalaman, habis anak pokok saya di cabut dan di rosakkan.  Dengan pagar ini saya berharap tiada lagi babi yang dapat masuk ke kebun ini. 


Mula memasang pagar chain-link




Monday, 13 October 2014

Anak-anak Pokok Limau Purut



Setelah kian lama saya menunggu pesanan anak-anak limau purut yang telah di tempah dan di bayar, akhirnya tiba juga selepas beberapa kali menalifon dan akhir sekali saya telah pergi sendiri dan bersemuka dengan penjual anak-anak pokok ini. 
            Saya telah nyatakan pada mereka agar menggunakan lori yang kecil kerana jalan kampong yang sempit tetapi yang datang adalah lori trailer.  Muatan hanya 25% peratus dari ruang yang ada.  Dah le saya kena bayar RM800 lagi kerana pengangkutan.  Saya terpaksa meletakkan anak-anak pokok ini di rumah mertua saya yang terletak 1 km dari kebun saya.  Walaupun tak jauh, bayangkan nak mengangkut 1,000 pokok dalam kereta proton aeroback saya ni. Ini semua adalah dugaan yang terpaksa di terima.



Anak-anak pokok limau purut yang segar


Pekerja pun nak bergambar juga...hehe
 

Anak pokok limau purut yang kira-kira sekaki begitu segar tetapi sebenarnya
telah lebih dari 10-12 bulan dalam polibeg ni.