Monday, 21 March 2016

Lengang si lengang Kangkung

                “Kangkung, si lengang kangkung.  Kangkung di tepi sawah” ini merupakan lirik lagu asli melayu tapi ada benarnya.  Kangkung terdapat dua jenis iaitu kangkung siam dan kangkung sawah.  Kangkung siam banyak di tanam adalah lebih lembut dan di gemari orang ramai.  Kangkung sawah pula lebih senang di tanam jika terdapat lopak air tetapi liat sedikit di bandingkan dengan kangkung siam.  Saya berhasrat untuk mencuba menanam sayur ini.  Benihnya amat murah RM8 sekilo sahaja di bandingkan dengan RM150 bagi kacang bendi untuk hanya 200 gram sahaja.


                Kangkung yang di tanam memerlukan air yang banyak dan bahan organic yang banyak juga.  Pekerja saya pula amat minat untuk menanam sayur ini kerana ianya cepat tumbuh dan dalam 20 hari boleh tuai.  Penyiraman air juga kerap di lakukan sehingga 3 kali sehari. Hanya masalah pasaran kerana harga kangkung murah di bandingkan dengan sayuran lain seperti bendi, kacang panjang dan terung.  Kangkung yang di tanam tidak mempunyai musuh seperti tanaman sayur lain.  Cuma belalang yang suka makan daunnya.  Saya amat gembira kerana pokok nya sihat dan subur.








NAIK TARAF INFRASTRUKTUR

          Salah satu masalah saya di kebun ini ialah ketiadaan letrik.  Oleh itu saya terpaksa menggunakan bateri kereta bagi lampu di pondok pekerja saya ini.  Walaubagaimanapun , ia juga telah memberikan banyak masalah kerana kos lampu yang tinggi sehingga RM25 sebiji dan ianya kerap rosak.  Saya telah beli 3 biji bateri kereta dan menggunakannya bergilir-gilir.  Bateri ini saya gunakan untuk lampu dan pagar letrik kebun ini.  Bateri-bateri ini pula perlu di caj setiap minggu.

                Selepas menimbangkan kesemuanya (cost benefit analysis),  saya mengambil keputusan  untuk memasukkan letrik di kebun saya ini.  Maka mulalah mencari kontraktor yang bertauliah dan harga yang berpatutan.  Saya telah memanggil beberapa kontraktor untuk mendapatkan sebutharga terendah.  Ada pelbagai kerenah, ada juga kontraktor yang tidak mahu menyatakan berapa harga Cuma dengan setuju atau tak setuju terus masuk letrik.  Bayar sahaja berapa kos pemasangan termasuk deposit kepada Tenaga Nasional.  Bila minta anggaran dia kata ‘ dari RM3,000 hingga RM5,000”. Wow, mahal tu….


                Akhirnya dapat nasihat dari kawan Sdr Armini, kontractor yang aneh benar nama nya….Harga berpatutan tapi susah nak ambil call.  Di fahamkan beliau ini memiliki motor berkuasa besar dan selalu ronda-ronda dari Penang hingga ke Singapura.  Walaubagaimanapun, beliau mempunyai ramai pekerja dan kerja-kerja di siapkan dengan cepat atas arahan beliau.  Kerja di lakukan dengan pantas cuma bila nak bayar deposit TNB, susah nak jumpa - jadi tergendala sebentar. Apa pun Alhamdulillah semua dah selesai.....Pekerjapun amat gembira dapat lampu dan kipas lektrik.