Ungkapan ini selalu kita
dengar dan di laungkan oleh pihak-pihak yang di pertanggungjawabkan. Sebagai seorang Islam, ada hadis sahih yang
menyatakan 9 dari 10 pintu rezeki adalah perniagaan. Jika ini benar, adalah sunnah bagi kita untuk
berniaga. Berbalik dengan ungkapan tadi
pertanian itu perniagaan, kita harus menilai balik dan meneliti secara
kritis. Jika benar, maka semua petani
adalah orang yang kaya kerana mendapat 9 dari 10 pintu rezeki dibuka kepada
nya. Di Malaysia pula golongan yang
terbawah dalam pendapatan isi-rumah adalah golongan petani. Mengapa ini
berlaku?
Bagi saya pertanian dan perniagaan adalah dua perkara yang
berbeza. Mereka yang bertani mestilah
menjual kepada orang lain untuk mendapatkan hasil. Kebanyakkan petani tidak menjual sendiri tapi
dijual kepada orang tengah. Maka
terdapatlah usaha untuk memerangi orang tengah.
Pelbagai usaha yang di jalankan bagi menbela nasib petani bagi meningkatkan
pendapatan mereka. Saya sebenarnya belum
boleh di gelar petani kerana masih meneliti dan masih tidak sanggup untuk
berhenti kerja makan gaji. Sebab utama
ialah seorang petani amat bergantung kepada pelbagai halangan dan dugaan. Tamanan yang rosak oleh serangga, binatang dan
juga manusia, faktor cuaca, tenaga kerja, naik-turun harga pasaran, monopoli
orang tengah dan pelbagai risiko lagi.
Saya pemengang ijazah dalam perniagaan dan mempunyai pengalaman dalam
sistem perbankan. Tapi ini tidak menjamin
jika saya memulakan perniagaan, saya akan berjaya. Kajian yang di buat di Amerika Syarikat
menyatakan 9 dari 10 perniagaan baru (inovasi) GAGAL.
Pertanian merupakan satu jenis “profession” yang amat sukar
untuk di insurankan. Rata-rata syarikat insuran tidak mahu menginsurankan
projek pertanian. Jika pun di insurankan, terdapat klausa yang menyatakan “ACT
of GOD” dimana kerugian tidak boleh di
tuntut. Jadi saya juga bertanya,
:Tiadakah petani yang berjaya. Jawapan nya
mestilah ada, contohnya Syed Mokhtar dan raja gula Robert Kuok. Benarkah mereka ini petani atau cuma ahli
perniagaan yang meraih keuntungan dari hasil pertanian. Saya tinggalkan persoalan ini dulu dan
bertanya pada diri saya, bolehkah saya menikmati kehidupan yang selesa (bukan
kaya) sekurang-kurangnya mendapat pendapatan yang sama dengan apa yang nikmati
sekarang?
Bagi melengkapkan diri
saya juga telah di beri peluang untuk melihat kejayaan dan kegagalan petani
walaupun tidak secara langsung. Terdapat
juga keadaan di mana saya menghabiskan duit sendiri untuk menghadiri kursus
dalam dan luar negara serta menimba ilmu dari pengalaman orang lain. Saya suka melihat kepada produktiviti
perkerjaan. Di Malaysia rata-rata petani
kita merupakan petani sambilan walaupun ada juga yang sepenuh masa. Contohnya, penoreh getah bangun pagi menoreh
getah dan memunggut hasil sebelum tengahari,lepas itu mereka balik ke rumah
berehat. Begitu juga penanam sawit,dalam
sebulan hanya bekerja beberapa hari mengutip sawit sahaja. Saya pernah pergi ke
Thailand, Narathiwat hingga ke Changrai, petani menoreh getah, membawa bekal
makanan pergi pagi dan pulang petang.
Sementara menunggu getah menitik mereka bersihkan kebun hingga ke petang.
Mereka juga menanam tanaman kontan. Jadi
produktiviti mereka tinggi.
Saya bukan nak memburukkan orang di Malaysia,cuma sekadar
meneliti dengan kritis. Saya pernah
tinggal di ibukota, bekerja di bank, bangun pagi, hantar anak ke neseri, mula kerja pukul 9.00 dan pulang pukul 6.00
ptg,tiba rumah pukul 7.00 mlm dan ambil anak.
Masa yang saya luangkan untuk berkerja di institusi tersebut amat lama. Kerja tetap ada dan belum habis. Secara logik nya jika kerja dah habis maka mereka
tidak akan mengajikan saya….. Saya pula mengambil keputusan untuk meneruskan
pelajaran dan akhirnya menjadi pensyarah di universiti. Disinilah saya sedar,saya mempunyai banyak masa
yang terluang. Saya berusaha gigih
sehingga saya mampu untuk mengajar di beberapa universiti sebagai pencarian
tambahan. Saya pernah bertanya kepada
Dekan mengenai nya, dia menyatakan jangan sampai saya abaikan kerja hakiki saya,,itu
saja. Setelah beberapa tahun saya di
tawarkan memegang jawatan pentadbiran,maka kerja sambilan saya terpaksa di
berhentikan.
Kemudian saya mengambil
untuk berhenti bekerja di Kuala Lumpur dan ingin balik ke kampung. Ini
merupakan niat saya dari dulu lagi.Saya perlukan tempat yang tenang dan lari
dari hiruk pikuk dan jem di bandaraya.
Saya mencari peluang dan dapat kerja di Universiti swasta di Kampar. Walaupun gaji tak besar,saya selesa kerana
dalam 5 minit perjalanan, saya masuk berkerja.
Kadangkala, tengahari pun saya balik sekejap. Universiti ini mengamalkan
‘flexi-hour’ kalau tak ada kuliah atau mesyuarat tidak perlu ke
universiti. Saya amat gembira kerana
bekerja 4 hari dalam seminggu. Sempatlah
saya ke kebun untuk memulakan projek pertanian. Walaubagaimanapun kegembiraan
saya tidak lama, mungkit mereka lihat kepakaran saya, lepas 6 bulan berkhidmat
saya di naikkan menjadi Timbalan Dekan. Maka terpaksalah saya masuk dan balik
seperti orang pejabat. Dekan memberitahu saya boleh keluar bila-bila masa jika
perlu. Saya pula kurang selesa dengan
cara ini.
Bagi memenuhi hasrat saya, saya perlu teliti dengan
projek apakah yang saya perlu laksanakan.
Sebelum ini saya telah menanam pokok gaharu pada dua keping tanah saya.
Oleh kerana kurang pengalaman dan gunakan konsep 3T (tanam,tinggal,tuai) banyak
pokok yang mati. Di antara sebab kerana
semasa menanam saya tinggal di KualaLumpur.
Lepas balik ke Kampar, saya mula bersihkan kebun-kebun saya dan saya
dapati terdapat banyak ruang-ruang yang kosong. Lepas membuat penyelidikan
serba sedikit saya buat keputusan untuk menanam limau purut. Itupun setelah membuat perjanjian untuk
pasaran.
Jika di teliti,projek gaharu saya merupakan projek long term iaitu dari
8 tahun ke atas. Projek limau purut pula merupakan projek jangka sederhana
kerana ia memakan masa 2-3 tahun untuk mengeluarkan hasil. Lagipun saya hanya nak jual daunnya sahaja. Saya masih belum berpuas hati dengan jangkaan
hasil ini kerana ianya masih sedikit berbanding dengan gaji saya sekarang. Maka selepas membuat perhitungan saya
inginkan produktiviti yang tinggi dengan ruang tanah yang sedikit. Saya mula bejinak dengan tanaman sayur. Saya tahu tanaman sayur memerlukan modal yang
besar. Jadi saya memanggil seorang
rakankongsi, kalau rugi sama-sama rugi 50/50.
Saya mulakan dengan
mengambil pekerja tetap dan sambilan.
Membina bangsal dan bersihkan tanah.
Membajak dan membeli kubota untuk kerja-kerja di kebun tersebut. Saya ubah sistem pagar dengan menggunakan
pagar lekrik untuk menghindari babi hutan yang banyak berkeliaran di kampung
ini. Saya menyimpan rekod yang rapi untuk mengetahui kos sebenar. Walaupun belum sempurna tetapi saya tetap
melakukannya. Alhamdulillah,bulan ini musim hujan,jadi sistem sprinkler tidak di
perlukan lagi. Rakan saya berbangsa cina dan saya suruh dia mencari peraih cina
dipersekitaran. Beliau mencari sehingga
ke Kuala Lumpur dan Johor. Akhirnya,saya
sendiri dapat beberapa peraih cina dan Melayu yang amat dekat sahaja. Saya juga
telah pergi ke FAMA agar rmereka dapat memberikan bantuan. Saya perlu mempunyai banyak sumber untuk menjual
hasil nanti. Walaupun keluasan adalah
sedikit tapi bagi penanam sayur ianya cukup banyak (3 ekar).
Kita seharusnya bijak untuk
menilai yang manakah yang paling baik bagi mencapai matlamat yang kita mahukan. Dalam perniagaan kita harus menilai portfolio
projek. Perancangan perlu ada jangka panjang, sederhana dan pendek. Bajet juga perlukan 3 pendekatan iaitu ‘optimistic’,’realisitic’
dan ‘pessimistic’. Setiap perniagaan
mempunyai risiko tetapi kita harus menduga risiko tersebut. Walaupun bukan
semua risiko dapat di ketahui sebelum ia berlaku tetapi pengurusan yang baik
dapat serba sedikit memberikan kelegaan. Mempelbagaikan portfolio adalah konsep
dalam pelaburan (finance and investment) tapi saya gunakan untuk projek-projek
saya.
pemborong sayur
Saya membajak tanah....