Tuesday, 2 September 2014

Air dan Kehidupan

           
                  Setiap kehidupan di muka bumi ini memerlukan air untuk hidup.  Ternakan dan tanaman juga memerlukan air yang mencukupi untuk hidup dengan baik.  Pada awal tahun ini, 2014 kita menyaksikan musim kemarau yang agak panjang.  Tanaman yang dulunya menghijau mulai kering,  Padang-padang sekolah dan permainan juga kelihatan kering dengan rumput yang mati.  Disini jugalah kita dapati kebakaran kerap berlaku.  Saya juga terpaksa memberhentikan niat untuk membakar kebun sawit yang telah lama mati untuk mengelak dari berlakunya kebakaran merebak ke kebun orang lain.



Rakan ku Tuan Rusli yang banyak membantu.

                     Pada pertengahan bulan Ogos 2014, hujan mula turun dan ianya berterusan.  Kita dapati awan gelap membawa hujan pun kelihatan hampir setiap hari.  Saya pun mula untuk membakar kebun sawit tetapi kali ini amat lambat untuk terbakar kerana pelepah dan pokok basah dik hujan tadi.  Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana hujan yang di nantikan telah tiba.  Saya bercadang untuk membuat telaga bagi menampung keperluan kebun saya.  Jika tidak hujan bolehlah saya gunakan air dari telaga ini untuk menyiram pokok-pokok saya nanti.




                         Saya juga terfikir untuk membina telaga tiub (tube well) tetapi kos nya amat tinggi sehingga memcecah RM5,000 satu telaga.  Akhirnya saya mengali telaga secara manual. Saya membeli gelung simen sebanyak 10 gelung and mengupah pekerja untuk mengali telaga.   Cita-cita untuk mengali dan menggunakan 10 gelung tidak kesampaian kerana dengan 7 gelung sahaja air telah muncul.  Ini kerana hujan kerap turun sekarang dan paras air dalam tanah juga meningkat.  (underground water table/level) .  Harapan saya paras ini mencukupi walaupun di musim kemarau.  Mudah-mudahan doa di makbulkan... InsyaAllah..



Telaga yang telah siap di salah satu kebun saya.