Berjaga-jaga musang berbulu ayam
VisiTani
Wednesday, 1 February 2017
MUSANG BERBULU AYAM
Dalam kita mengalami kesusahan terdapat juga manusia yang konon-konon nya simpati dan menunjukan kehebatan dengan menceritakan pelbagai usaha yang di jalankan dengan jaya nya. Walaupun aku merupakan orang yang berpengalaman dalam bidang ku, aku lemah dalam bab pertaian yang baru aku ceburi ini. Aku termakan dengan kata-kata manis dan kononnya melabur tetapi hampeh bila hasil sudah keluar batang hidung pun tak nampak....Aku haramkan dunia akhirat..
Membuat keputusan yang memeritkan
Setelah berbincang dengan rakan ku Lim Chong Heng yang juga merupakan Head of Depart of Finance, kami mengambil keputusan untuk berhenti di sini agar kos pekerja dapat di kurangkan. Dengan ketiadaan hasil gaji pekerja tetap di bayar, maka kami berhenti disini......
USAHA SENDIRI MENCARI SUMBER AIR
Rakan ku Lim cuba untuk mencari air dengan cara mengali sendiri.
Dengan di bantu oleh Tahir dari Kemboja
Tapi setelah mengali 70 kaki kami hampa air yang di pam masuk tidak
mendapat air yang di cari....
UJIAN YANG AMAT PEDIH
Ini merupakan gambar-gambar pokok yang mati dan hampir mati kekeringan.
Kangkung yang memerlukan banyak air menjadi layu dan keras tidak
boleh di jual kerana keras dan berurat-urat
2,000 anak bendi mati begitu sahaja
Pokok petola yang baru di tanam tidak dapat bertahan
Kegagalan Di Musim Kemarau
Pada awal Mac 2016 hingga Jun 2016, kebun di Temoh ini menjadi kering kontang. Semua sumber air telah kering. Perigi yang saya gali sedalam 30 kaki juga telah kering. Pelbagai usaha untuk mencari air tetapi tidak berhasil. Terdapat juga Timbalan Menteri yang telah berjanji untuk menolong petani yang mengalami kekeringan air akan di bantu untuk membina telaga tiub (tube well). Saya pun bergegas pergi ke Jabatan Pertanian Tapah untuk mendapatkan bantuan. Sayang sekali apabila di beritahu tiada peruntukan untuk membina telaga tiub ini. Inilah dilemma seorang petani di kampung, apa yang di kata di kaca televisyen merupakan sendiwara rupanya.
Monday, 21 March 2016
Lengang si lengang Kangkung
“Kangkung, si lengang
kangkung. Kangkung di tepi sawah” ini
merupakan lirik lagu asli melayu tapi ada benarnya. Kangkung terdapat dua jenis iaitu kangkung
siam dan kangkung sawah. Kangkung siam banyak di tanam adalah lebih lembut dan di gemari orang ramai. Kangkung sawah pula lebih senang di tanam jika terdapat lopak air tetapi liat sedikit di bandingkan dengan kangkung siam. Saya berhasrat untuk mencuba menanam sayur
ini. Benihnya amat murah RM8 sekilo
sahaja di bandingkan dengan RM150 bagi kacang bendi untuk hanya 200 gram
sahaja.
Kangkung
yang di tanam memerlukan air yang banyak dan bahan organic yang banyak
juga. Pekerja saya pula amat minat untuk
menanam sayur ini kerana ianya cepat tumbuh dan dalam 20 hari boleh tuai. Penyiraman air juga kerap di lakukan sehingga 3 kali sehari. Hanya masalah pasaran kerana harga kangkung
murah di bandingkan dengan sayuran lain seperti bendi, kacang panjang dan
terung. Kangkung yang di tanam tidak
mempunyai musuh seperti tanaman sayur lain.
Cuma belalang yang suka makan daunnya.
Saya amat gembira kerana pokok nya sihat dan subur.
Subscribe to:
Posts (Atom)